Putera Harry dan Meghan Markle Umum Undur Dari Istana - Glam Malaysia

Putera Harry dan Meghan Markle Umum Undur Dari Istana

Pasangan Diraja Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle mengejutkan dunia dengan pengumuman pengunduran mereka daripada ahli senior keluarga Diraja British. Pengumuman itu dilakukan di laman Instagram rasmi pasangan berkenaan pada hari Rabu.

Dalam pengumuman itu, pasangan itu memberi tahu ingin membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara serta tidak mahu bergantung pada kewangan Diraja sambil terus menyokong Baginda Ratu.

https://www.instagram.com/p/B7EaGS_Jpb9/

“We intend to step back as ‘senior’ members of the Royal Family and work to become financially independent, while continuing to fully support Her Majesty The Queen.”

Selepas pengumuman itu dikeluarkan, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan bahawa perbincangan dengan Harry dan Meghan berhubung isu itu masih berada di peringkat awal. Pasangan berkenaan adalah antara ahli paling kanan dalam keluarga Diraja British di samping Putera William dan Kate Middleton .

Sebelum ini Putera Harry mengambil tindakan undang-undang  ke atas dua media iaitu Daily Mail dan Mail on Sunday serta dua lagi akhbar tabloid kerana menyebabkan Meghan mengalami tekanan emosi dan bersedih di atas layanan yang diterima daripada media British itu. Meghan sebelum ini juga pernah berkata beliau sukar menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan mengakui bahawa beliau tidak ‘OK’ dalam temu bual mengenai peranan barunya sebagai royal mum. 

 

See also
Pelakon Cate Blanchett Enggan Mengikut Standard Kecantikan Hollywood