Sisi Berbeza Lisa Surihani

Sisi Berbeza Lisa Surihani

Lisa Surihani

Teks: Nisa’ Halid
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun clanhouseonline.com
Gamba: Bustamam Mokhtar White Studio
Dandanan: Olivia Ooi
Solekan: Chomel Redza Abdullah
Penyelaras: Aizat Aidid
 
Mendalami konsep seni yang cuba diketengah isu ini, kami sebulat suara mengangkat Lisa Surihani sebagai gadis muka depan kerana selayaknya dia harus diberi penghormatan.
Menerusi gambar yang dipaparkan, pasti anda dapat mendalami penghayatan watak yang cuba disampaikan pengarah seni GLAM oleh pelakon seni berbakat besar ini. Kami mahu merakam Lisa menangis namun bukan semua orang mampu melakukannya secara spontan. Namun mood Lisa cukup hari ini dan dia mampu menjiwai karakter yang diberi dengan mudah sekali. “Saya rasa jika saya benar-benar menangis pasti gambar yang dihasilkan lebih cantik dan eksklusif, lagi-lagi ia hadir dengan memek muka dan perasaan sedih semula jadi, jadi saya cuba mengunci diri dan give it a shot. Saya tidak pernah menghasilkan gambar yang sebegitu, I’m a tough cookie. Ia bukan suatu yang mudah untuk saya lakukan, but I did it!” terang Lisa.
 
LIMITASI KERJAYA
Jika melihat kemunculannya yang jarang-jarang sekali di kaca televisyen kebelakang ini katanya ia bukanlah satu limitasi yang dirancang. Jika anda mengikuti perjalanan karier Lisa Surihani sebagai seorang artis dan pelakon pasti sudah anda arif dengan keputusannya. Kata Lisa yang dahulu pernah tampil dengan tujuh filem berturut-turut dalam satu tahun, “Saya tidak mahu terperuk pada format dan template yang sama jadi inilah masa paling sesuai untuk menilai kemampuan diri. Memilih watak yang baik, melakukan kelainan luar dari kebiasaan diikuti dengan pemilihan skrip yang hebat.” Akui Lisa yang masih menyesuaikan diri dengan gelaran isteri orang, “Bila bercakap mengenai tawaran lakonan drama, saya amat berkira-kira. Alasannya, saya sudah mempunyai keluarga dan saya tidak mahu berjauhan dengan rumah terlalu lama. Jadi, saya perlu merancang kerana selalunya pengambaran drama memakan masa yang lama. I like everything to be prepared and that is what I sometimes struggle with. Bukannya saya cerewet tetapi saya mahukan kerja yang teratur. Ia sudah menjadi habit sejak dari mula bertapak dalam industri ini lagi.”
 
Pendapat Lisa tentang seni, “Tiada salahnya tentang seni. Ia adalah kreativiti. Yang amat menyedihkan bila ada yang cuba memperlekeh dan mempersendakan karya seseorang. There’s no right and wrong. Ia adalah penghargaan sesuatu segmen dalam market dan kita perlu menerima hakikatnya.” Anak seni ini diperkenalkan ke dalam industri oleh keluarga seawal 11 tahun, Bermula dengan tawaran berlakon iklan dan mendapat wang saku dari lakonan itu. Lisa mula ditawarkan untuk berlakon dalam telefilem. Niat membantu keluarga dan ibu bapanya membuahkan hasil dan dari situ dia mula membalas jasa mula menolong mereka. Tidak pernah tersirat mahu popular atau glamor, mungkin sudah takdir dia menjadi bintang seni. Bermula dengan tawaran bernaung di bawah pengurusan Meltrowealth selama lima tahun dan kemudiannya mengambil keputusan untuk terbang solo selama setahun dan kini menjadi artis di bawah pengurusan artis Astro. “Selama bersama Metrowealth, saya juga terikat dengan tawaran ekskusif Astro selama tiga tahun di mana saya hanya boleh muncul di atas platform Astro dan juga komitmen lain bersama Astro dan Metrowealth. Berada di bawah pengurusan artis Astro kali ini bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah berbeza kerana mereka hanya menguruskan jadual dan mereka akan bersama-sama saya ke set dan jika ada penggambaran majalah seperti hari ini. Dan kami bebas muncul di mana-mana saluran televisyen,” terang Lisa yang merasakan dengan adanya pengurusan ini senang untuk menjadi orang tengah dalam menguruskan tawaran sekali gus mengekalkan reputasi yang baik dengan semua orang.
 
Lisa terkejut bila saya dan yang lain melabelkan dirinya sebagai Malaysian Sweetheart, “I don’t know what to say when people put a label on you. Really? Thank you! I really don’t know what to say!” Mungkin ramai yang tidak tahu, selain mempunyai bakat menulis menggunakan kedua-dua belah tangan, pelat dan kebolehan menggunakan bahasa isyarat, dia juga adalah seorang yang pemalu. Melihat wajah mulus dan bersih bertukar merah padam menyakinkan saya Lisa memang pemalu orangnya. “Saya cepat segan dan agak kaku bila ada peminat datang mahu bergambar,” kongsi Lisa lagi.
 
Ya, melihat followers Lisa di Instagram menarik minat saya bertanya akan komen-komen sarkastik juga bagaimana Lisa mengurusnya. Beritahu Lisa, “Saya mendengar dan ia terpulang kepada saya untuk memberi reaksi ke atas setiap komen itu. Ada baiknya saya mendiamkan diri dan jika perlu, saya meminta maaf secara terbuka jika ada kelakuan ataupun cara yang menyinggung perasaan peminat. Realitinya, apa jua yang saya lakukan adalah subjektif, pujian dan kritikan adalah normal.” Teranglah Lisa adalah seorang yang berfikiran positif dan sentiasa move on dan tidak gemar memanjangkan perkara negatif berlegar dalam hidupnya begitu lama.
 
Pasti ramai mahu tahu bagaimana Lisa mengendalikan tekanan dalam hidupnya. Kongsi Lisa, “ Saya juga berdepan dengan bad day dan ada kalanya agak sukar menanganinya jadi saya cepat-cepat singkirkan masalah itu dalam kepala saya. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan melepaskan tekanan dengan berkomunikasi dan melakukan sesuatu yang mengembirakan seperti menghabiskan masa bersama keluarga adalah kaedah yang sangat terapeutik.” Lisa juga berpendapat bahawa melihat masalah seperti orang luar dan menilainya dengan rasional kerana walau apa jua keadaan sebenarnya kuasa ada di tangan anda.
 
KEHIDUPAN SELEPAS BERGELAR ISTERI
“Seperti yang saya pernah katakan, karakter saya yang manja tidak berubah kerana menjadi anak perempuan tunggal dan dikelilingi adik beradik lelaki pastilah saya dimanjakan,” selorohnya. Namun perubahan besar yang dilihatnya adalah dia menjadi girly dan bukan lagi seorang tomboi seperti sebelum ini. From someone who hated pink to liking pink. Bila menyentuh soal rumah tangganya saya dapat rasakan bunga-bunga cinta yang segar seakan berada disekeliling kami. Lisa jadi bersemangat becerita tentang suami kesayangan, Yusry. “Yang paling penting adalah restu suami saya. Walaupun dia amat supportive namun saya tetap dengan prinsip untuk meminta izin dan restunya di dalam apa juga perkara. I think its all about communication and sharing what’s going on with my life and vice versa. I guess his opinion matters to me. I don’t just love him, I respect him, I admire him. I admire his opinion and it carries weight with me.” Ceritanya lagi, “Kami ada jadual masing-masing dan sentiasa update satu sama lain. Kalau kedua-duanya sibuk, antara kami akan mencari jalan bertemu sekejap di set ataupun kumpul rindu sekejap.”
 
Dengan jarak umur yang agak jauh, Lisa berpendapat ia adalah satu pilihan yang tepat mempunyai suami yang matang dan sering menjadi inspirasi kepadanya untuk lebih berjaya. Pada umur 28 tahun, dia masih lagi mengejar impian dan dengan kehadiran Yusry serba sedikit menyakinkan perjalanan kerjayanya. “We are different like that but that’s what interesting for us both. Kalau saya berkahwin dengan lelaki yang mempunyai perangai yang hampir sama, I don’t think it will work for our auras,” kata Lisa yang menganggap Yusry seorang yang gentlemanly, driven dan memiliki hati yang baik.
 
Melihat Lisa yang hadir ke penggambaran hari ini agak ringkas bersama kutang loose putih berbalas denim sambil membimbit beg tangan Dior. Dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang minimalist dan simple. Dia selesa memakai padanan yang dia rasakan kena untuknya. “Saya mengamalkan konsep ‘orang-orang tua friendly’ dan saya selesa menjadi diri sendiri. Tidak perlu melebih-lebih cukuplah bila sedap mata memandang dan yang paling penting kena dengan jiwa saya,” tegas Lisa yang sentiasa menggilai beg tangan Dior yang feminin, lady-like dan classy!
 
Mengenai hal kecantikan, “Ia satu rejim penjagaan khas yang saya mula amalkan beberapa bulan lalu yakni rangkaian daripada The Body Shop Moisture White™ Shiso. I’m very impressed and very happy! Produk ini membuat kulit saya terasa lebih baik dan sihat. Saya mempunyai masalah di bahagian zon-T dan liang pori-pori terbuka. Bila close up, ia agak menonjol. Kini sudah makin sempurna dan kelihatan lebih baik dari sebelumnya.” Bagaimana pula dengan diet dan senaman yang diamalkan? “Saya melakukan pilates atau yoga untuk menguatkan tulang belakang saya. Diet pula, ia melebihkan Ion dalam pengambilan makanan daripada karbohidrat, yakni sayur-sayuran perlu lebih. Ia boleh mengelakkan lesu dan rasa mahu pengsan. Pengambilan karbohidrat yang teratur dan melraskan corak pemakanan saya,” kongsinya lagi.
 
Waktu lapang Lisa akan menghabiskan pada ke spa, lebih istimewa bila ditemani suami. Mendapatkan rawatan wajah ataupun urutan badan. “To splurge? Not the top of my list. Now I’m not eyeing anything,” ujarnya lagi yang sentiasa meletakkan perimeter apabila berbelanja. Namun, pasangan ini gemar mengumpul Lego bersama-sama, membina bangunan dan bandar bersama-sama selain gemar membaca, menonton siri F.R.I.E.N.D.S dan filem bersama. Impian menjelajah dunia adalah untuk melihat 7 wonders juga melihat tempat-tempat yang penuh katakter dan bersejarah. “Tiada limitasi. Dari pantai ke bukit atau ke luar negara, dalam bucket list saya pastinya mengembara dan juga beraktiviti. Antaranya melawat Aurora Borealis juga ke World Cup bersama-sama and the list goes on…” balasnya ceria dan teruja.
 
*Dipetik dari GLAM Oktober 2014
 
 

See also
Ulang Tahun ke-10 Bell & Ross