Adriana Lima Enggan Bersama Dengan Victoria's Secret Lagi?

Adriana Lima Memutuskan Hubungannya Dengan Victoria’s Secret?

Kini bergelar Angel Victoria’s Secret paling veteran dengan pengalaman selama 18 tahun sejak 1999, Adriana Lima nampaknya kini sedang melalui perubahan hati tentang kerjayanya sebagai seorang model. Terutamanya kariernya sebagai seorang Victoria’s Secret Angel.

 

Dengan entri terbarunya di Instagram, Adriana Lima telah meluahkan hatinya tentang positiviti tubuh badan dan juga keputusannya untuk membuat perubahan dalam kerjayanya dan juga sebagai seorang wanita.

 

Adriana Lima beraksi sewaktu Victoria’s Secret Fashion Show 2015.

Dalam foto yang dikongsikan oleh Adriana itu, dia menyentuh isu bagaimana masyarakat menetapkan satu standard untuk wanita ikuti, terutamanya terhadap model, dan membuatkan dia sendiri menyedari yang dirinya tidak bahagia dengan kehidupan sebegini.

 

Adriana kemudiannya menambah lagi luahan hatinya dalam kapsyennya: “Even though I have done many of this type, something had changed in me, when a friend approached me to share that she was unhappy with her body, then it made me think…. that everyday in my life, I wake up thinking, how do I look? Was I going to be accepted in my job? And in that moment I realized that majority of woman probably wake up every morning trying to fit in a stereotype that society/socialmedia/fashion etc imposed…. i thought that’s not a way of living and beyond that…. that’s not physically and mentally healthy, so I decided to make that change….. I will not take of my clothes anymore for a empty cause…..”

See also
Meghan Markle Bersuara Mengenai Isu Biracial Di Amerika

 

Apa yang dapat dirumuskan daripada kata-kata Adriana ini adalah video yang dimaksudkannya itu kemungkinan merujuk kepada kalendar tahuna Love yang menampilkan model-model wanita dengan pemakaian seksi dan menggoda. Selain itu, adakah ini juga bermakna Adriana tidak akan meneruskan kerjanya sebagai seorang Angel untuk Victoria’s Secret? Kerana di juga telah unfollow rakan-rakan Angel Victoria’s Secret dan juga Ed Razek, lelaki yang bertanggungjawab menjayakan setiap pertunjukan Victoria’s Secret.

 

A post shared by Adriana Lima (@adrianalima) on

Selepas Alessandra Ambrosio mengumumkan tahun ini  merupakan tahun terakhir dia akan bersama dengan Victoria’s Secret, Adriana merupakan Angel terakhir daripada generasinya yang masih lagi bersama dengan jenama terkenal itu. Adakah ini menandakan pengakhiran kepada generasi mereka? Atau Adriana akan cuba mengubah haluan Victoria’s Secret?

 

Buat masa ini, kita ikuti sahaja mantra Adriana, #Embraceyouself #natureisbeautiful #naturalissexy #LOVEYOU, dan nantikan kenyataan selanjutnya daripada model berkaliber ini.