Putera Harry Memerlukan "Slip Kebenaran" Untuk Berkahwin Dengan Meghan Markle - Glam Malaysia

Putera Harry Memerlukan “Slip Kebenaran” Untuk Berkahwin Dengan Meghan Markle


 

Perkahwinan dengan kerabat diraja may seem magical at times dek kerana cerita-cerita yang kita biasa dengar ketika membesar, namun sebenarnya ia tidaklah semudah yang disangkakan.

 

At least untuk kerabat diraja England.

 

 

Hubungan antara Putera Harry dan Meghan Markle yang semakin erat membuatkan ramai tertanya bila merpati sejoli ini bakal mengikat tali perkahwinan?

 

Untuk merealisasikan fantasi ini, Putera Harry sebenarnya memerlukan “slip kebenaran” daripada Ratu Elizabeth untuk berkahwin dengan Markle.

 

Perkara ini disebabkan oleh Royal Mariages Act 1772 di mana seorang raja/ratu mempunyai hak untuk veto perkahwinan mana-mana ahli keluarga diraja dan memerlukan kebenaran rasmi untuk meelindungi keluarga diraja daripada mereka yang berkemungkinan merosakkan status rumah diraja tersebut..

 

Ramai juga yang berspekulasi bahawa Markle yang juga merupakan seorang janda selepas penceraiannya dengan Trevor Engelson mempunyai peluang yang tipis untuk mendapat kebenaran rasmi ini. Tetapi peraturan ini sebenarnya sudah menjadi semakin longgar untuk monarki England ini.

See also
Kronologi Kisah Cinta Angelina Jolie dan Brad Pitt

 

Sebelum ini, akta tersebut memerlukan setiap ahli keluarga diraja mendapatkan kebenaran daripada Ratu Elizabeth untuk berkahwin, tetapi beberapa perubahan telah dilakukan pada tahun 2013. Kini peraturan tersebut hanya akan dikenakan kepada enam orang ahli keluarga diraja sahaja: Putera Charles, Putera William, Putera George, Puteri Charlotte, Putera Harry, dan Putera Andrew.

 

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, tiada peraturan rasmi yang menyatakan keluarga diraja England harus berkahwin dengan mereka yang berdarah diraja, aristokrat mahupun orang British.

 

So all the best to Prince Harry and Meghan!