Trend Solekan "Anak Patung Porselin" di Maison Margiela Haute Couture SS24 - Glam Malaysia

Trend Solekan “Anak Patung Porselin” di Maison Margiela Haute Couture SS24

Tahukah anda bahawa baru-baru ini solekan anak patung porselin menjadi perbualan hangat di media sosial? Magis tangan Pat McGrath membuatkan para peragawati tampak ibarat patung porselin yang sebenar.

Solekan sesuatu yang tidak asing lagi dalam industri yang pesat membangun ini. Solekan ini penting lagi-lagi dalam industri layar perak dan penggambaran. Selain itu, solekan adalah merupakan sesuatu yang asas dalam keterampilan seseorang. Keterampilan seseorang itu tampak lebih matang dan profesional apabila mengenakan solekan yang sesuai. Solekan juga perlu sesuai dengan event yang ingin dihadiri agar tidak kelihatan over dan janggal. Berbalik pada tajuk di atas, mari kenali satu trend runway look yang baru-baru ini menjadi tular di sosial media.

Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, mari kenali penatas rias solekan anak patung porselin ini dengan lebih terperinci. Dame Patricia Ann McGrath yang lahir pada 11 Jun 1971 merupakan seorang artis solekan British. Beliau digelar sebagai jurusolek paling berpengaruh di dunia oleh majalah Vogue. Pada tahun 2019 beliau dimasukkan dalam senarai 100 orang paling berpengaruh. Beliau ialah jurusolek pertama yang dilantik sebagai Komander Dame Empayar British. Beliau juga ada membuka rangkaian produk solekan yang diberi nama Pat McGrath Labs. Rangkaian produk kecantikan ini banyak menjual produk kecantikan yang digunakan oleh Pat McGrath sendiri dalam menyiapkan tugasannya sebagai jurusolek.

See also
Trend Kecantikan Untuk Anda Praktikkan 2021 Ini!

 

Solekan Anak Patung Porselin

Menurut Vogue pada tahun 2007 McGrath terkenal dengan teknik solekan yang unik, mencabar dan inovatif dan beliau lebih gemarĀ  gunakan tangan berbanding berus solekan. Beliau berani menggunakan rona yang menonjol dan bereksperimen dengan bahan-bahan seperti bulu sehingga ke perhiasan. Eksperimennya itu berhasil melahirkan look yang baru dan pelbagai agar tidak kelihatan biasa dan bosan apabla dipandang. Oleh yang demikian, beliau telah banyak memperkenalkan semula idea solekan yang baru dari tren-tren solekan yang pernah menjadi popular sesuatu ketika dahulu.

Mari Kita Selongkar Di Sebalik Tabir Solekan Anak Patung Porselin Ini Dengan Lebih Terperinci

Nama Pat McGrath menjadi tular sekali lagi apabila beliau memperkenalkan solekan “Anak Patung Porselin” pada satu pentas peragaan fesyen bertempat di MAISON MARGIELA HAUTE COUTURE SPRING 2024. Dengan sentuhan inovatif bercampur klasik, solek anak patung porselin McGrath kelihatan terpukau pada mata yang memandang, menggabungkan keanggunan abadi yang selaras dengan trend avant-garde.

Solekan Anak Patung Porselin

Ciptaan kecantikan yang mempesonakan ini banyak mencuri tumpuan di media sosial, dan secara tidak langsung membuatkan kerjasama penting antara Pat McGrath dan Haute Couture Maison Margiela menjadi ikonik dan meninggalkan kesan yang dasyat pada sunia fesyen dan kecantikan. Solekan anak patung porselin ini kemudiannya menjadi ikutan oleh pengguna media sosial. Banyak pempengaruh media sosial cuba untuk mencipta semula look solekan anak patung porselin ini.

See also
Kit Pembayang Mata Dari Angkasa Lepas Oleh Pat McGrath

Apakah inspirasi dan ilham dari inspirasi dan solekan yang tular ini? Pengarah Kreatif John Galliano telah mendapat ilham daripada ritual pemakaian yang menggunakan pakaian yang kita pakai sebagai satu bentuk ekspresi fizikal emosi. Penampilan solekan ini adalah satu solekan gaya moden yang mereplikakan muka patung kepada kulit wajah manusia sebenar. Solekan yang dihasilkan Pat McGrath menggambarkan sosok patung poselin sebenar yang mempunyai kulit kaca, kening halus,dan kilauan kaca yang memantul apabila dipandang pada bahagian wajah. Pemerah pipi jenis cacair juga digunakan dalam pembuatan solekan ini bagi meneyerlahkan lagi ciri-ciri patung porselin itu.

Dalam solekan ini jika diperhatikan banyak rona-rona yang berani menjadi pilihan seperti warna merah dan hitam serta dihiasi kilauan bagi mendapatkan hasil yang unik dan cantik. Kulit model juga disalut menggunakan shinny glaze supaya permukaan wajah kulit model menjadi licin dan berkilat. Selain itu jurusolek Pat McGrath turut menggunakan teknik airbrush supaya hasil solekan menjadi smooth dan kemas.

See also
Cahaya Tumpuan Wajah

Solekan Anak Patung Porselin