Brown Lip Gloss Menjadi Trend Terkini di TikTok! - Glam Malaysia
Lip Gloss

Brown Lip Gloss Menjadi Trend Terkini di TikTok!

Bila sebut tentang lip gloss, perkara pertama yang bermain di kepala adalah Fenty Beauty Gloss Bomb! Kini semakin hangat di TikTok, jom lihat yang mana satukah menjadi pilihan!

Kami yakin anda pernah mendengar tentang Gloss Bomb daripada jenama kosmetik popular milik Rihanna, Fenty Beauty, ini. Pada kami, jika ingin mendapatkan gincu bibir jenis sinar, Fenty Beauty adalah jawapannya. Rangkaian setiap satu koleksi mereka adalah yang terbaik! Malah, jenama ini juga kini semakin menjadi pilihan ramai anak muda di luar sana.

Dan baru-baru ini di TikTok, kami melihat ramai yang mula mencuba trend brown lip gloss menggunakan Fenty Beauty Gloss Bomb Heat in Hot Chocolit. Bukan sekadar Gloss Bomb biasa, kali ini dengan teknologi lain yang mampu memberi efek bibir mungil sehingga anda akan merasakan sedikit rasa sensasi di bibir. 

Antara bahan yang terkandung di dalam koleksi lip gloss jenis ‘heat’ ini adalah minyak akar halia dan lada cili daripada ekstrak buah capsicum. Walaupun terasa ‘bahang’ menyarung gincu bibir ini, ia juga terdapat inti pati seperti mentega shea dan vitamin E yang berfungsi untuk mengunci lembapan pada bibir. Jadi, anda usah risau dan takut untuk mengenakan gincu bibir kemilau terkini daripada jenama ini. 

See also
Giliran Rihanna Sumbang Dana Perangi Covid-19

Di dalam satu temu bual Allure bersama ahli kimia kosmetik, Ginger King, 

Minyak akar halia ini mampu membantu meningkatkan lagi kitaran mikro peredaran darah untuk memberi hasil bibir kelihatan kemerah-merahan. Manakala capsicum pula mampu membuatkan bibir tampil lebih plumping dan mungil.

Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu dua formula yang terdapat di dalam lip gloss ini iaitu methyl nicotinate dan tripeptide turut membantu mempertingkatkan efek bibir mungil.

Tonton 5 Video Hangat TikTok Mengenakan Solekan Brown Lip Gloss Ini!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse