10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2023

10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2023

Pernahkah terdetik di hati anda, siapakah wanita paling cantik di dunia? Yang pasti, pada kami wanita cantik adalah wanita yang bekerja keras setiap hari untuk menjadi versi terbaik mereka. Di dalam artikel kali ini, GLAM ingin kongsikan 10 wanita paling cantik di dunia. 

Setiap orang pasti suka memanjakan mata mereka dengan melihat keindahan. Dan kecantikan wajah adalah di antara ciptaan tuhan yang paling indah. Walaupun tanggapan kecantikan itu masih kekal subjektif, masyarakat masih tidak ketinggalan untuk berdebat tentang siapakah wanita paling cantik di dunia. Namun, tidak semua orang mempunyai pendapat yang sama.

Menurut penulis H.G Wells, definisi kecantikan baginya adalah seseorang yang mempunyai hati yang paling indah. Dia menekankan, “Kecantikan itu ada pada hati orang yang melihat”. Walaubagaimanapun, generasi hari ini kita dapat melihat masih ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan diri mereka. Permintaan untuk melakukan pembedahan plastik masih kekal tinggi sehingga ke hari ini. Bukan sekadar rupa, tubuh badan juga antara yang menjadi titik penentu kecantikan wanita kini.

Untuk pengetahuan anda, melalui zaman teknologi yang canggih hari ini, kita boleh mengesan kriteria wajah cantik yang betul menggunakan teknik yang dikenali sebagai Golden Ratio. Golden Ratio juga dikenali sebagai Phi iaitu algoritma matematik yang boleh mengesan estetika wajah seseorang dengan mudah.

Gambar : Google

10 Wanita Paling Cantik Di Dunia

Wanita-wanita yang terpilih ini, bukan sekadar memiliki wajah yang mempersona, tetapi mereka juga tampil menerusi dengan akal dan jiwa mereka. Mereka juga berjaya dalam bidang masing-masing. Wanita cantik pilihan dunia ini merangkumi nilai-nilai diri dan personaliti hebat seperti berbakat, rendah diri, bijak juga rajin bekerja.

1. Jodie Comer

Gambar : Google

Wanita paling cantik di dunia adalah Jodie Comer, dia adalah seorang pelakon terkenal yang berasal dari Britain. Wajahnya mencapai 94.52% tepat mengikut alat mengesan Golden Ratio. Dia muncul dalam filem seperti Killing Eve, The White Princess, The Free Guy, dan Help. Jodie Comer telah menerima pelbagai anugerah seperti British Academy Television Awards, Screen Actors Guild Awards, and the Golden Globe Awards.

Dia pernah tersenarai dalam Forbes “30 Under 30” pada Februari 2019. Dia menjadi antara 30 orang yang paling berpengaruh dalam industri hiburan Eropah di bawah umur 30 tahun. Bukan itu sahaja, namanya juga senarai dalam British Vogue “The Most Influential Girls of 2018” pada Disember 2018.

See also
Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan

2. Zendaya

Gambar : Google

Dilahirkan pada 1 September 1996, pelakon dan penyanyi Zendaya Maree Stoermer Coleman yang berasal dari Amerika berada di tempat nombor dua dengan nisbah Golden Ratio 94.37%. Popular menerusi siri Spiderman termasuk dalam Spider-Man : Homecoming, Dune, Malcolm & Marie dan The Greatest Showman.

Zendaya telah menerima banyak anugerah, termasuklah dua pengiktirafan di Emmy Primetime Awards. Selain itu, namanya turut tersenarai di dalam 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam majalah Time 2022. Pencapaiannya melangkaui bidang lakonan, kerana dia telah menerima sokongan langsung menjadikan wanita ini tokoh inspirasi kecantikan luar dan dalam.

3.Bella Hadid

Gambar : Google

Siapa sahaja yang mengenali model hebat dunia, Bella Hadid. Bella Hadid adalah model yang terkenal dengan personaliti menarik dan daya tarikan yang unik. Kehebatan dan keupayaannya di atas pentas peragaan langsung tidak diragui dan senantiasa menjadi pilihan utama rumah-rumah fesyen terkemuka dunia.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Julian DeSilva, supermodel ini mempunyai wajah yang paling sempurna dengan skor ujian kecantikan 94.35%. Dalam tempoh 4 tahun, Bella telah membuat 27 buah penampilan di muka hadapn majalah Vogue antarabangsa. Bukan itu sahaja. dia juga menerima pelbagai anugerah pengiktirafan antaranya Model of The Year dan Social Media Star of The Year.

4. Beyonce

Gambar : Google

Beyoncé Knowles-Carter ialah superstar global yang popular dengan alunan suara yang hebat. Dia bukan sekadar penyanyi, malah merupakan seorang pelakon juga penulis lagu. Ketepatan wajahnya mengikut Golden Ratio adalah 92.44% dan menjadikan dia antara wanita paling cantik di dunia. Kehebatan dari segi persembahan dan vokalnya menjadinya Beyonce sebagai pemuzik wanita paling berpengaruh pada abad ke-21.

Dia turut digelar sebagai “Queen Bay” dikalangan peminat muzik dunia kerana pencapaiannya yang tiada tandingan di dalam industri hiburan dunia. Suara emas dan karismanya telah memperoleh pelbagai anugerah dan status ikonik dalam industri hiburan. Antara anugerah yang pernah diperolehi Beyonce adalah, 28 buah anugerah diGrammy Awards, 26 buah anugerah di American Music Awards, juga 24 buah anugerah di Billboard Music Awards.

5. Ariana Grande

Gambar : Google

Ariana Grande, dilahirkan pada 26 Jun 1993, di Boca Raton, Florida. Dia adalah seorang penulis lagu, pelakon dan penyanyi. Memiliki vokal dan aura sensasi pop, Ariana juga terkenal dengan lunak merdu suaranya yang cukup angelic. Dia berada di tangga nombor 5 dengan nisbah 91.81% apabila ditilik melalui Golden Ratio. Walaupun ketinggiannya hanyalah 5′ 0′, namun itu bukanlah penghalang wanita genit ini untuk sentiasa menujukkan bakatnya yang luar biasa.

See also
Tip Berguna Memakai Pemerah Pipi

Hari ini, kita dapat melihat jelitawan Ariana Grande telah mengukuhkan statusnya sebagai salah seorang artis yang paling berpengaruh buat generasinya. Dia juga telah menerima pelbagai anugerah sepanjang berada di dalam industri. Antaranya, Brits Award, Bambi Awards, Grammy Awards, American Music Awards, MTV Video Music Awards dan Billboard Music Awards. Bukan itu sahaja dia juga memiliki 30 buah pencapaian yang diiktiraf oleh Guinness World Records.

6. Taylor Swift

Gambar : Google

Taylor Swift adalah seorang penyanyi yang sangat popular dengan lagu-lagu yang sangat menyentuh hati pendengar serta bait melodi yang cukup mempersonakan. Dia memiliki cara yang tersendiri dan unik dalam meluahkan kisah kehidupan melalui lagu yang ditulisnya. Disebabkan itu, Taylor Swift boleh dilihat sebagai penyanyi yang jauh berbeza pendekatannya berbanding penyanyi yang lain. Selain itu, dia juga dikenali dengan sikap merendah diri juga berbudi bahasa apabila bertutur.

Dia dikatakan memiliki nisbah kecantikan 91.64% melalui Golden Ratio. Bukan itu sahaja, dia juga telah mendapat pelbagai pengiktirafan yang cukup membanggakan seperti 11 anugerah di Grammy Awards, 34 anugerah di American Music Awards, dan 29 anugerah di Billboard Music Awards. Tidak cukup dengan itu, Taylor Swift turut pernah dianugerahkan Song of the Year Award juga Album of the Year Award dan merupakan 4 kali penerima anugerah berprestij Grammy.

7. Jourdan Dunn

Gambar : Google

Jourdan Duun adalah model yang berasal dari British, menduduki tempat ke-7 dengan wajahnya mencapai tepat 91.39% mengikut alat Golden Ration. Dia mula mendapat perhatian selepas berjalan untuk pentas peragaan rumah fesyen Prada. Dia juga merupakan model kulit jenis gelap pertama yang diberi peluang  sedemikian setelah 10 tahun tiada model kulit gelap berjalan untuk jenama tersebut. Jourdan Duun model juga pernah bekerja dengan pelbagai jenama hebat seperti H&M, Burberry, DNKY, Marcus dan Gap.

8. Kim Kardashian

Gambar : Google

Personaliti dan usahawan media dari Amerika, Kim Kardashian ini telah mendapat 91.28% dalam ujian kecantikan Golden Ratio. Usahawan Kim turut pernah disenaraikan sebagai antara 100 pengaruh teratas 2015 daripada majalah Time. Namanya yang mula meningkat naik melalui rancangan realiti televisyen Keeping Up WIth The Kardashians bersama keluarganya. Dan pada tahun 2017, dia telah memperkenalkan dua jenama kecantikan miliknya iaitu KKW Beauty dan KKW Fragrance. 

Dia tidak pernah berhenti bekerja, pada April tahun 2022 pula, Kim Kardashian telah menubuhan firma ekuiti swasta yang diberi nama Sky Partners bersama bekas rakan kongsi kumpulan Carlyle demi membantu mangsa-mangsa teraniaya. Walaupun dia bukanlah seorang peragawati, namun Kim pernah berjalan di atas pentas peragaan di  Paris Fashion Week buat Balenciaga bersama Nicole Kidman, Dua Lipa dan Christine Quinn.

See also
Rahsia Cantik Wanita Korea

9. Deepika Padukone

Gambar : Google

Deepika Padukone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Bollywood dan dia juga tersenarai dalam wanita paling cantik di dunia. Di dalam ujian kecantikan yang dilakukan beberapa ahli pengkaji, Deepika Padukone dinilai dan memiliki nisbah 91.22% kesempurnaan bentuk wajah mengikut Golden Ration. Buat anda yang tidak mengenali wanita ini, dia telah banyak muncul di filem hit seperti Bajirao Mastani, Piku dan yang terbaru adalah Pathaan.

Tidak cukup dengan itu, projek Hollywood pertamanya adalah XXX: Return of Xander Cage pada 2017. Dia juga telah menjalankan satu yayasan bertajuk Live Laugh Love. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kesedaran pada orang ramai tentang kesihatan mental di negara India. Dia juga pernah mendapat anugerah seperti Three Filmfare Awards dan IIFA Award for Star Debut of the Year.

10. Ho Yeon Jung

Gambar : Google

Satu-satunya pelakon dan model terkenal dari Korea Selatan iaitu Ho Yeon Jung, yang telah menduduki carta 10 wanita paling cantik di dunia. Mengikut alat pengesan Golden Ratio, dia dikaji dan telah mendapat penilaian sebanyak 89.63% untuk skor ujian kecantikan ini.

Masih ingatkah anda ketika Ho Yeon membuat penampilan pertamanya di pentas peragaan antarabangsa Louis Vuitton semasa New York Fashion Week tahun 2016? Ketika itu, dia adalah merupakan model eksklusif rumah fesyen ini.

Selepas namanya mendadak naik menerusi siri drama Squid Game, Ho Yeon telah menerima beberapa anugerah hebat seperti “Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Female Actor in a Drama Series” pada tahun 2022. Pada 2021 juga, Ho Yeon telah mengatasi Lee Sung-Kyung dan Song Hye-Kyo sebagai pelakon Korea Selatan yang memiliki pengikut Instagram terbanyak (sehingga tahun Disember 2022).