Syamim Farid Kongsi Rahsia Kecantikan Bersama GLAM Cantik

Bual Cantik Bersama YBhg. To’ Puan Syamim Mohd Farid

Figura jelita yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara, YBhg. To’ Puan Syamim Mohd Farid terkenal dengan kejelitaan, keanggunannya malah keperibadiannya yang merendah diri.

YBhg. To’ Puan Syamim Mohd Farid memulakan kariernya sebagaai pengacara rancangan hiburan HLive! pada tahun 2016 kemudian mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, Mata Cinta, serta Cinta Tiada Ganti.

Walaupun telah melangsungkan perkahwinan dengan Y.D.M. Tengku Orang Kaya Menteri Diraja Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj, A.M.S. pada tahun 2016, YBhg. To’ Puan Syamim Mohd Farid masih kekal aktif dalam bidang pengacaraan yang mana baru-baru ini, beliau bertindak sebagai hos untuk talk show, Alhamdulillah.

GLAM berpeluang untuk mengikuti perkembangan terkini YBhg. To’ Puan Syamim Mohd Farid dan kami mengambil peluang untuk bertanyakan perkembangan terkininya selain rutin cantik jelitawan ini.

Kisah Cantik Bersama YBhg. To’ Puan Syamim Mohd Farid

Figura jelita yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara, YBhg. To' Puan Syamim Mohd Farid terkenal dengan kejelitaan, keanggunannya malah keperibadiannya yang merendah diri.

1) Boleh anda berkongsi rutin kecantikan dan penjagaan kulit harian anda termasuk produk mesti miliki?

Saya akan double cleanse dan menggunakan skrub wajah jika perlu. Kemudian, saya memakai toner, Vitamin C, pelembap dan krim pelindung matahari.

See also
Ariana '7 Rings' Grande vs. Anugerah Grammy

Bagi saya, krim pelindung matahari wajib dipakai dan buat masa sekarang krim pelindung matahari kegemaran saya adalah jenama dari Korea iaitu Beauty of Joseon dan Abib.

2) Nasihat kecantikan terbaik anda pernah terima

Nasihat terbaik yang saya pernah dengar adalah jika rajin setiap pagi selepas bangun daripada tidur, kita boleh cuba merendam muka dengan air sejuk bersama ais. Rendam 5 saat, kemudian angkat muka, dan rendam sekali lagi. Lakukan proses ini sehingga muka rasa benar-benar segar.

Ia sangat bagus kerana kadang kala apabila anda bangun pagi, anda rasa muka sembab seperti tidak cukup tidur. Langkah ini juga membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah dan menampakkan muka lebih bersedia dan segar.

3) Tip untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari

Perlu sentiasa minum air yang mencukupi. Jangan lupa untuk makan suplemen tambahan. Saya akui kadang kala saya rasa malas untuk mengambil suplemen namun ia sangat penting untuk tubuh kita.

Saya selalu ujar untuk memulakan hari dengan makanan yang sihat. Jika anda tidak mahu sarapan pagi, tidak mengapa tetapi saya galakkan untuk makan sebiji epal atau minum just buah-buahan. Ia bagus untuk kesihatan usus perut dan melancarkan sistem penghadaman.

See also
Gigi Hadid + Maybelline = Dominasi Dunia Solekan?

Malah anda juga akan rasa bertenaga kerana anda memulakan hari dengan makanan yang sihat.

4) Siapakah idola cantik anda?

Ibu saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan ibu ini kerana sepanjang saya membesar, Alhamdulillah selama saya hidup, saya tidak pernah ada breakout. Tidak pernah ada jerawat juga. Saya tanya ibu kenapa saya berbeza dengan orang lain lagi-lagi semasa akil baligh kerana tiada jerawat atau parut.

Ibu saya ajar saya dan mungkin jika saya ada rezeki di masa hadapan, semasa hamil saya perlu amalkan pemakanan yang sihat. Ibu saya gemar buah-buahan lagi-lagi tomato. Dia makan tomato setiap hari dari muda sehingga sekarang. Kulit ibu saya juga sangat cerah dan bersih. Jadi ia mungkin menurun kepada saya.

Saya memang bersyukur kepada ibu dan kagumi ibu saya kerana cara dia membawa dirinya, cara dia menjaga kecantikan dan pemakanannya.

5) Cara kegemaran anda untuk unwind dan relaks selepas melalui hari yang mencabar?

Setiap kali selepas penggambaran atau pergi ke majlis, saya tidak sabar untuk menanggalkan solekan. Saya menanggalkan solekan seperti ia satu terapi. Saya meluangkan masa lebih lama dalam bilik air untuk bersihkan muka, kemudian saya juga akan urut wajah. Jika saya ada masa, saya akan rendamkan diri dalam bathtub dengan salt water.

Saya faham sesetengah orang malas untuk melakukan rutin penjagaan kulit namun bagi saya anda pergi tanggalkan solekan. Jangan sesekali tidur dengan solekan dan tidur tidak membasuh muka walaupun anda keluar seharian tanpa solekan. Mana tahu muka kita terkena debu atau kotoran yang melekat.

See also
Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya!

Saya juga rajin memakai pupur wajah setiap malam, atau sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

pengarang kecantikan JULIA AZMAN pengarah digital ANIS HANINI

pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM

gambar BIBO ASWAN solekan SHIYO JOO rambut CK LIOW

busana SALVATORE FERRAGAMO aksesori TIFFANY & CO

 

Artikel berkaitan: “Sudah 9 Tahun Tak Makan Nasi” – Diet Sihat Che Puan Syamim Farid