Clé de Peau Beauté dan UNICEF Dalam Misi Ubah Nasib Malang Anak Gadis - Glam Malaysia

Clé de Peau Beauté dan UNICEF Dalam Misi Ubah Nasib Malang Anak Gadis

Clé de Peau Beauté dan UNICEF bergabung dalam program ilimiah demi membantu menangani masalah ketidaksamaan jantina kanak-kanak perempuan.

Cle De Peau

Paras jurang ketidaksamaan jantina terutama kanak-kanak perempuan sejak era pasca Covid-19 semakin meningkat. Clé de Peau Beauté telah mengumumkan lanjutan 3 tahun perkongsian yang didedikasikan khas dalam menangani masalah ini. Tujuannya lebih fokus kepada program pendidikan, pekerjaan dan pemerkasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan matematik (STEM) hanya buat kanak-kanak perempuan.

Clé de Peau Beauté dan UNICEF telah memberi manfaat kepada lebih 3.5 juta kanak-kanak perempuan.

Program ini dilihat membangunkan kemahiran kanak-kanak perempuan dalam bidang seperti STEM, teknologi digital, dan keusahawanan sosial. Tambahan kepada kemahiran hidup seperti penyelesaian masalah, rundingan, harga diri, dan komunikasi. Ia juga membantu mewujudkan akses yang lebih adil kepada peluang STEM dan meningkatkan perwakilan dan kepimpinan wanita dalam disiplin STEM di seluruh dunia.

Artikel berkaitan Meraikan Tahun Arnab Bersama Pilihan Terbaik Clé de Peau Beauté

See also
Inovasi Dunia Cantik

Sehingga kini, Clé de Peau Beauté dan UNICEF telah memberi manfaat kepada lebih 3.5 juta kanak-kanak perempuan. Seperti program pembelajaran alternatif di Bangladesh untuk memajukan kemahiran STEM. Memudahkan penempatan Universiti melalui Program STEM4Girls di Kyrgyzstan.

Menurut Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté, Mizuki Hashimoto, “Kami percaya bahawa kunci kepada dunia yang lebih baik terletak pada membuka potensi kanak-kanak perempuan melalui pendidikan. Dengan lanjutan selama 3 tahun ini, kami berhasrat untuk terus memacu perubahan positif dengan memperkasakan gadis di seluruh dunia.”

The Serum

Tahukah anda di seluruh dunia, purata 1 daripada 4 kanak-kanak perempuan berusia 15-19 tahun tidak mempunyi pendidikan, latihan atau pekerjaan.

Setiap pembelian The Serum ikonik Clé de Peau Beauté, sebanyak US$3 akan disumbangkan untuk menyokong program UNICEF seluruh dunia. Dana ini juga menampung pekerjaan dan perubahan hidup di Bangladesh, Kyrgyzstan, China, Niger, Peru dan Vietnam antara lain, dan akan memperluaskan pengaturcaraan yang berjaya di Indonesia. #KeyToABetterWorld membuka ruang luas buat gadis di luar sana. Tahukah anda di seluruh dunia, purata 1 daripada 4 kanak-kanak perempuan berusia 15-19 tahun tidak mempunyi pendidikan, latihan atau pekerjaan.

See also
Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Ayuh! Kita ubah nasib gadis muda ini dengan membeli The Serum yang boleh didapati secara dalam talian atau di butik kecantikan Clé de Peau Beauté berhampiran. Dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023 Clé de Peau Beauté akan menderma sebanyak US$3 daripada setiap pembelian kepada UNICEF. Dengan jaminan minimum US$2.9 juta.