5 Makanan Baik Untuk Tingkatkan Nafsu Seks - Glam Malaysia

5 Makanan Baik Untuk Tingkatkan Nafsu Seks

Tahukah anda, ada makanan yang mampu meningkatkan nafsu dan prestasi seks anda?  Buat anda yang mahu boost keinginan seksual anda, amalkan pemakanan sihat cadangan GLAM ini! 

Apa jua yang kita makan sesungguhnya akan memberi efek kepada fizikal dan stamina harian kita. Seperti kopi, ada di antara kita yang tidak boleh jika tidak menghirup secawan kopi di sebelah pagi sebelum memulakan hari kerana kata mereka, kopi mampu memberikan tenaga sepanjang hari. Begitu juga dengan pemakanan yang lain.

Mengapa pentingnya pengamalan makanan yang betul dan seimbang untuk aktiviti seks anda? Mungkin anda tidak tahu, pemakanan yang betul mampu meningkatkan keinginan seksual anda secara semula jadi. Ianya dipanggil libido. Tahap libido ini adalah berbeza-beza mengikut diri individu. Semuanya bergantung kepada faktor umur, kesihatan, perhubungan dan pemakanan. Bukan itu sahaja, diet yang seimbang mampu membaik pulih peredaran darah, stamina juga kesihatan jantung.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ini adalah 5 makanan yang penuh nutrisi dan mampu memberi manfaat kepada kadar libido anda!

#1 Tiram

Tiram serta beberapa makanan laut lain (seperti Kerang) mampu meningkatkan daya keinginan seks terutama sekali buat Lelaki. Ini kerana kandungan zink yang dimiliki tiram sangatlah tinggi sehingga mampu meningkatkan produksi testoteron dan sperma.

See also
Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021