Dior J’Adore Parfum D’eau Baharu Tiada Kandungan Alkohol - Glam Malaysia

Dior J’Adore Parfum D’eau Baharu Tiada Kandungan Alkohol

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Disebalik aroma bunga-bungaan segar, satu pencapaian terhebat Dior yang mencipta satu wangian tanpa kandungan alkohol dan hanya berdasarkan air.

Terokai transformasi wangian ikonik serba inovasi kreatif. J’Adore Parfum D’eau dicipta penuh bernuansa dan tidak mengandungi sebarang kesan alkohol. Hanya semata-mata diperbuat daripada air dan pati bunga-bungaan. Ini adalah satu ciptaan revolusi buat pakar pembuatan wangian kerana merupakan satu pencapaian hebat.

Keunikan J’Adore Parfum D’eau adalah terletak pada teknologi pembuatan wangian berasaskan air. Proses pembuatannya dianggap mencabar kerana setiap aspek hanya dibangunkan dengan asas air tanpa sebarang alkohol dalam formula. François Demachy pencipta wangian ini beranggapan impian untuk mencipta sesuatu ilham yang luar biasa kini menjadi kenyataan.

Artikel berkaitan Charlize Theron dan J’adore Gabungan Sensual Mewah Sempurna

Melalui proses teknik nano-emulsi tekanan tinggi, rumusan baharu yang kebanyakannya terdiri daripada air diadun dengan kepekatan minyak yang sangat tinggi. Dipengaruhi dengan sifat semula jadi dan bebas daripada bahan pelarut kimia, J’Adore Parfum D’eau berjalan seiring dengan “revolusi” inovasi Dior yang dipatenkan. Nota bunga J’Adore Parfum D’eau ibarat membelai awan dengan teksturnya menyegarkan kulit secara berterusan.

See also
Gaya Baharu Lindsay Lohan Pasti Mengejutkan Ramai!

Dalam menyempurnakan aroma J’Adore Parfum D’eau, kejutan bunga segar cipta keharmonian di sekeliling Chinese Magnolia dan Sambac Jasmine diadun pula bersama bunga mawar dan honeysuckle segar. Tidak lengkap kemewahan J’Adore tanpa nota hijau, Neroli yang memberikan sentuhan lembut kala dicium kerana aromanya lebih manis, kuat dan istimewa. Disemai dengan kesegaran bunga, J’Adore Parfum D’eau menemukan semula J’Adore dalam konteks cahaya baharu.

Baru-baru ini berlangsung acara gemilang dalam meraikan transformasi haruman ini bersama tetamu istimewa GLAM. Dengar pendapat mereka tentang J’Adore Parfum D’eau baharu!