Gen Zer Emma Chamberlain Kini Duta Global Lancôme- Glam Malaysia
lancome Emma Chamberlain

Gen Zer Emma Chamberlain Kini Duta Global Lancôme

Ada apa dengan khabar Gen Zer ini? Dialah ikon fesyen, usahawan dan juga content creator! Emma Chamberlain, diangkat sebagai duta global Lancôme terkini!

Emma Chamberlain Lancome

 

Selaras dengan perkembangan dunia digital, Lancôme turut menerokai sesuatu di luar jangkaan! Dengan bangganya memperkenalkan wajah baharu yang juga sangat dikenali dalam era media sosial masa kini. Emma Chamberlain sangat dikenali dengan gaya effortlessly cool content creator dan sawal usia 16 tahun dia sudahpun melancarkan YouTube Channel. Kerana kredibiliti dan auranya, dia juga punya selera fesyen tersendiri sehingga digelar ikon!

Emma Chamberlain sangat dikenali dengan gaya effortlessly cool content creator

Hanya dengan menjadi dirinya sendiri, Emma berjaya meraih perhatian dunia untuk menonton setiap video di laman YouTube miliknya. Jika anda mengikuti perkembangan dirinya, pasti mengetahui dirinya cukup bersahaja dan seperti anda tidak terasa keseorangan. Emma juga memenangi People’s Choice Award untuk kategori Pop Podcast. Turut meraih perhatian Forbes dan berjaya memasuki kategori ’30 under 30- Social Media’ pada 2021.

See also
Intip Rahsia Awet Muda Selebriti Terkenal

Emma Chamberlain Lancome Global

Daripada cara dia bertutur-bicara, keunikan dia membuat video editing membuatkan ia sebagai gaya Vlogging terkini dengan keeping it real! Gaya moden dan menjadi idola untuk setiap generasi menarik minat, Lancôme International President, Françoise Lehmann untuk mengalu-alukan Emma sebagai ahli baru keluarga Lancôme.

Sebagai salam perkenalan dunia, Emma tampil dalam Lancôme Web Series yang diperkenalkan buat julung kalinya! Siri pertama yang bertajuk, “How do you say beauty in French” telahpun bersiaran langsung pada 12 Januari di Lancôme YouTube Channel

Emma Chamberlain