GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté
Bersama Whulandary Di GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté

Bersama Whulandary Di GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté

Kehadiran personaliti cantik Whulandary ke GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté menyempurnakan acara ekslusif bersama ahli GBC.

GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté

Baru-baru berlangsung acara eksklusif GLAM Beauty Club bersama Clé de Peau Beauté yang menampilkan Whulandary Herman, Beauty Connoisseur jemputan dan bersama 20 ahli GLAM Beauty Club yang terpilih. Sesi ini dijalankan di butik Clé de Peau Beauté yang bertempat di pusat beli-belah, One Utama.

GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté

Acara eksklusif dan ringkas ini padat dengan informasi dan pengenalan mengenai jenama Clé de Peau Beauté. Juga memperkenalkan Radiant Cushion Dewy Foundation baharu yang mempunyai seribu satu faedah menarik. Bedak kusyen ini menyerlahkan kulit wajah dan kekal hidrasi selama 24 jam.

Malah, ia juga memberi kemasan sempurna selama 16 jam tanpa meninggalkan kesan berminyak pada permukaan wajah. Bedak kusyen ini juga sesuai untuk anda yang gemarkan solekan tipis dan semula jadi. Malah, sesuai untuk touch-ups on-the-go.

Cle de peau

Saat acara ini berlangsung, ahli GLAM Beauty Club dibahagikan kepada dua sesi. Satu sesi bersama Ai Tee, CPB Trainer menunjukkan teknik menggunakan CPB Key Radiance Care dan tip penjagaan kulit untuk setiap jenis kulit.

See also
Solekan Glamor Untuk Parti Hujung Tahun Pilihan GLAM!

Untuk sesi kedua pula, setiap ahli boleh koleksi solekan termasuklah Radiant Cushion Dewy Foundation baharu.

GLAM Beauty Club X Clé de Peau Beauté

Dua sesi ini dimanfaatkan oleh ahli GLAM Beauty Club dan turut serta Whulandary yang memeriahkan lagi acara esklusif ini. Clé de Peau Beauté Malaysia sangat bermurah hati kerana menyediakan dua cabutan bertuah untuk ahli yang bertuah. Ahli juga tidak pulang dengan tangan kosong! Mereka juga membawa pulang door gift percuma bernilai RM270.

Artikel berkaitan: Get To Know: Bella Kuan, Athina Kamarudin, Khadija Meor & Siti Hariesa, Beauty Connoisseur Pertama GLAM BEAUTY CLUB