GLAM Reviu: Gigi Lebih Bersih Dan Tidak Berbau Bersama Zenyum Power Clean Duo - Glam Malaysia

GLAM Reviu: Gigi Lebih Bersih Dan Tidak Berbau Bersama Zenyum Power Clean Duo

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mulut berbau, ada plak gigi antara faktor kenapa anda dijauhi orang sekeliling! Jenama penjagaan gigi penuh berversatil, Zenyum hadir dengan pakej Power Clean Duo untuk kesejahteraan mulut anda.

Kian menjadi trend, semakin ramai yang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri dan memberi tumpuan lebih akan kesejahteraan mereka. Oleh itu, tidak menghairankan bahawa pada tahun 2021, didapati 40% rakyat Malaysia mula bersenam lebih banyak dan 65% membuat perubahan yang lebih sihat pada diet mereka.

Tetapi bagaimana pula dengan penjagaan kesihatan mulut kita, tahukah anda purata rakyat Malaysia memberus gigi kurang daripada satu minit sehari walhal pakar pergigian sudah mengesyorkan memberus gigi selama dua minit dan dua kali sehari. Paling ketara adalah aktiviti flos, serami 8.4 % anda tidak memasuki rutin ini dalam kehidupan harian. Oleh itu, Zenyum hadir sebagai solusi sampingan dalam menyelesaikan masalah anda dengan adanya berus gigi elektronik ZenyumSonic Go terbaru dan Waterflosser Pro.

See also
Yang Glamor dan Terkenal Di Chanel Metiers d’Art Show 19/20

Pengarang kecantikan GLAM, Julia Azman berpeluang untuk menyertai program Power Clean Duo Zenyum selama dua minggu pengunaan. Ternyata seperti tidak lagi perlu berkunjung ke klinik pergigian kerana kebersihan mulut makin terjaga rapi. Paling saya gemari adalah fungsi Waterflosser Pro. Hadir dengan teknologi terkini membantu saya untuk membuang plak dan sisa makanan yang susah untuk dibersihkan, hanya sembur dengan air bersih gigi saya! Sangat sesuai untuk individu yang tidak pandai flos gigi.