Kempen ‘Better Hair Club’ Inisiatif Terbaru Sephora Asia Tenggara - Glam Malaysia

Kempen ‘Better Hair Club’ Inisiatif Terbaru Sephora Asia Tenggara

Penjagaan rambut semakin menjadi tumpuan wanita sejak dunia di landa pandemik. Sephora mengajak anda untuk menyertai kempen Better Hair Club sebagai inisiatif dalam penjagaan rambut intensif.

Sephora Asia Tenggara melancarkan kempen pertamanya yang memfokuskan pada rambut, iaitu Better Hair Club. Kempen rambut yang julung kali ini diadakan  dalam memberi tumpuan kepada aspek kepelbagaian yang sering dilupakan dalam industri kecantikan, iaitu penjagaan rambut! Kempen ini menyeru kepada setiap wanita diluar sana untuk terus fokus kepada kesihatan rambut yang juga penting sama seperti wajah dan badan.

BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-exfoliating Scalp Scrub Shampoo (226ml), RM198

BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Coconut Oil Micro-exfoliating Scalp Scrub Shampoo (226ml), RM198

Namun, sejak dunia dilanda pandemik segalanya berubah! Wanita semakin peka dengan setiap aspek terutama kesihatan dan kecantikan. Trend ini boleh dilihat menerusi penjagaan rambut di mana setiap isi rumah, semakin hebat dengan mencipta semula pengalaman salon di rumah. Ada yang buat DIY semata-mata inginkan momen sama seperti di salon sebenar.

Olaplex No. 6 Bond Smoother (100ml), RM150

Olaplex No. 6 Bond Smoother (100ml), RM150

Kempen Better Hair Club ini bersifat diversiti tiada halangan untuk setiap kaum, samada bertudung atau tidak. Melalui tinjauan Sephora, sebanyak tiga masalah utama sering dihadapi wanita iaitu kulit kepala menggelupas, kering, rosak dan rambut mudah putus. Menerusi kempen ini, Sephora tampilkan barisan produk penjagaan rambut intensif yang mampu menangani setiap masalah rambut.

IKOO Detangling Home Brush, RM107

IKOO Detangling Home Brush, RM107

Untuk kempen Better Hair Club dan Sephora Malaysia menawarkan pilihan lebih daripada 10 jenama penjagaan rambut, dengan rancangan untuk mengembangkan penawarannya melalui membawa masuk jenama baharu dan mengembangkan pelbagai jenama sedia ada.

Virtue Labs Topical Scalp Supplement, RM426

Virtue Labs Topical Scalp Supplement, RM426

Artikel berkaitan Patrick Ta Kini Di Sephora Malaysia

See also
5 Beauty Tools Perlu Milik Bulan Ini