Kuku Cantik Idaman Wanita - Glam Malaysia

Kuku Cantik Idaman Wanita

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Eksplorasi ilham kuku penuh luar biasa bibit trend yang menjadi kegilaan wanita untuk miliki kuku paling cantik! Rias siap segera tanpa ragu bersama pilihan GLAM. 

Sejak kali pertama dunia dikejutkan dengan musim pandemik, dunia seperti mati seketika! Kaku membisu tiada siapa yang bersedia untuk berada dalam kurungan di rumah. Namun, disebalik detik kosong ini, makin ramai menjadi lebih kreatif. Terutama aktiviti kecantikan, ada sahaja yang mencipta teknik atau trend menarik sewaktu di rumah. Trend ini menjadi highlight utama sepanjang tahun 2020 dan makin berjangkit dengan ilham lebih luar biasa. Menurut Tom Bachik, jururias kuku selebriti jelaskan trend seperti satu virus positif kerana ia berjangkit menjadi lebih ekstrem. Seperti satu revolusi baru yang dikomersialkan. 

Trend Lakuer di Instagram

Kuku merupakan booster dalam melengkapi diri untuk tampil penuh bergaya atau bersahaja. Percaya atau tidak ia juga satu elemen yang kian diberi perhatian rapi dari penjagaan kuku hinggalah ke ilham desainnya. Sebelum mereka kuku apa kata anda buat terlebih dahulu proses penjagaan kuku. Yang sihat dan bersih lambang peribadi anda. Trend lakuer atau nail art ini mula diperkenalkan sejak berkurun-lamanya di China hinggalah ia menjadi fenomena tersendiri dalam dunia kecantikan.

See also
Satu Sesi Rawatan - 4.5 Tahun Lebih Muda

Kini, trend ini mula meraih perhatian di laman Instagram mahupun aplikasi TikTok. Inspirasi desain ini kebanyakannya bermula sejak tahun lepas dan kini ia masih kekal dijadikan ikutan tahun 2021. Anda boleh lihat laman Instagram jururias kuku terkenal seperti Mei Kawaijiri, Park Eunkyung dan Juan Alvear semuanya tampil dengan gaya mudah diikuti walaupun anda berada di rumah.

Artikel berkaitan Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021

Press On penyelamat kuku jenis pendek

Saya secara personal sangat menggemari trend press on! Bukan sahaja menyelamatkan masa malah menampakkan jari lebih panjang dan runcing. Ada dua kategori yang sering kita dengar yakni jenis bentuk asal- kuku jenis cawan atau gelas. Anda pasti cemburu bagi orang yang miliki bentuk jenis gelas kerana tidak susah untuk menjaganya. Saya sendiri miliki bentuk jenis cawan yang tersangat kecil dan pendek. Tiap kali berkunjung ke salon, pasti jururias akan menegur saya. Sebab itulah press on ini penyelamat untuk tampak sempurna.

See also
Antara Cinta dan Kebebasan

Trend ini sudahpun berada dalam kalangan kita, sejak kebelakangan ini ia menjadi sebutan dan pilihan utama kala selebriti antarabangsa untuk hadir ke majlis formal. Baru-baru ini berlangsungnya anugerah Grammys 2021, rata-rata mereka hadir dengan ilham gaya nail art beraneka-jenis. Barisan seperti Billie Eillish, Dua Lipa, Megan Thee Stallion dan Lizzo masing-masing hadir dengan pilihan tersendiri.

Rainbow French Tip
Ilham klasik French Tip terus menjadi pilihan utama. Tahun ini ia menyuntik elemen ‘Excitement’ bukan kebiasaan dalam warna putih tetapi digantikan dengan warna lebih fun dan menarik.
Rainbow French Tip
Ilham klasik French Tip terus menjadi pilihan utama. Tahun ini ia menyuntik elemen ‘Excitement’ bukan kebiasaan dalam warna putih tetapi digantikan dengan warna lebih fun dan menarik.