Lengan Bergayut: Ini Tip Mudah Untuk Hilangkan Dengan Cepat

Lemak Bergayut Di Lengan? Ini Tip Mudah Hilang Dengan Cepat

Sepuluh tahun lepas, semuanya on point! Dari hujung rambut hingga hujung kaki segalanya tampak sempurna. Kini, mulalah lemak nakal berkeliaran terutama pada bahagian lengan! GLAM kongsi tip mantapkan lengan.

Pernahkah anda berhenti memakai baju tanpa lengan hanya kerana lemak terkumpul di bahagian itu? Ada banyak cara boleh anda lakukan untuk pastikan lemak tidak menjadi halangan untuk anda bergaya hebat dengan ceraian tanpa lengan.

5 Langkah Berkesan Untuk Menghilangkan Lemak Bawah Lengan

GLAM kongsi langkah untuk menghilangkan lemak terutama pada bahagian bawah lengan yang mudah menggeleber.

Langkah 1: Diet, Amalan Makanan Sihat

Anda perlu diet yang ketat untuk menghilangkan lemak badan secara keseluruhan seterusnya membantu menghilangkan lengan menggeleber dengan cepat.

Daging tanpa lemak, ayam belanda dan ikan, sayur-sayuran sihat, buah-buahan dan kacang, biji-bijian dan makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah bagus untuk diet anda. Elakkan pengambilan makanan segera seperti burger, kentang goreng, pizza, sos dan soda.

Langkah 2: Latihan Cardio

Untuk menghapuskan lemak pada bahagian lengan ini, diet sahaja tidak dapat membentuk lengan anda, ianya harus diselarikan dengan senaman sebagai rutin harian.

See also
5 Kesilapan Ketika Memakai Krim Mata

Sebahagian daripada latihan terbaik untuk kehilangan lemak badan secara keseluruhan adalah treadmill, berenang, berjalan pantas, berjoging, berbasikal, aerobik, atau apa-apa senaman kardio pilihan.

Langkah 3: Latihan Angkat Berat

lakukan latihan angkat berat untuk kembalikan keanjalan lengan

Mengangkat berat juga merupakan cara terbaik untuk menghapuskan lemak yang bermaharajalela di lengan. Apabila kehilangan lemak badan secara keseluruhan, secara tidak langsung anda menambah otot kepada badan dan akan meningkatkan metabolisme sekali gus membakar lemak lebih cepat.

Tahukah otot akan terus membakar lemak walaupun selepas anda selesai bersenam? Satu paun otot akan membakar lebih kurang 30-50 kalori lemak badan setiap hari!

Langkah 4: Banyakkan Minum Air

minum air dengan banyak untuk kurangkan lemak pada lengan

Amalan ini adalah yang sering ditekankan. Bukan sahaja ianya memelihara tubuh agar terhidrat, malahan juga bertujuan menyimpan metabolisme tanpa kalori dan boleh membuat anda rasa kenyang pada waktu makan.

Minum satu gelas besar air sejuk sejurus selepas bangun tidur juga antara cara terbaik merangsangkan metabolisme anda. Salah satu tip lain adalah untuk meminum segelas air sebelum waktu makan. Kaedah ini membantu anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori yang tidak diingini.

See also
Opening Ceremony Mempamerkan Koleksi Mereka Melalui Persembahan Balet

Dengan ini ia dapat membantu mengurangkan lemak yang tidak diingini pada bahagian lengan.

Langkah 5: Tingkatkan Metabolisme

Metabolisme memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal lemak badan. Ia menentukan berapa banyak kalori anda perlukan untuk melaksanakan hari tertentu. Setiap pergerakkan kita memerlukan tenaga, walaupun ketika sedang tidur.

Metabolisme setiap orang berbeza, jika rendah ia menyumbang kepada kurangnya pembakaran kalori dan pembentukkan lebih banyak lemak atau lemak terkumpul dalam badan. Metabolisme lebih tinggi akan membantu anda kehilangan lemak badan keseluruhan lebih cepat dan hasilnya badan dan lengan lebih ramping dan sihat.

Artikel berkaitan: Mediterranean: Diet Terbaik Untuk 2021