Datin X: Derma Kilat Mangsa Banjir Kerana ‘Lapar’ Nama - Glam Malaysia
Datin X: Derma Kilat Mangsa Banjir Kerana ‘Lapar’ Nama

Datin X: Derma Kilat Mangsa Banjir Kerana ‘Lapar’ Nama

Sekadar mahukan pengiktirafan, pujian dan pengenalan, niat yang baik disalahgunakan. Tergamaknya sesetengah ‘orang senang’ mempergunakan derma kilat sebagai salah satu cara mempromosikan diri, pangkat dan status sosial.

Sukar kita percaya, namun inilah yang sedang berlaku dan makin menjadi-jadi. Tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar, bukan sahaja buat kita di Malaysia, malah satu dunia. Tiada yang terkecuali. Yang kaya-raya turut jua terkena tempias pandemik langsung memberi kesan kepada business yang dulunya untung berjuta- juta. Yang kurang berada, nasib mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Tak usah jauh, ambil contoh cerita teman Datin X yang ditimpa bencana satu demi satu. Dikejarkan ke hospital selepas didiagnos positif Covid-19 stage 5 dan bulan lalu kediamannya di Shah Alam, Selangor dilanda bencana banjir. Lebih malang bila rumahnya baru sahaja dinaikkan, diubah suai, dekonya diambil dari inspirasi moden kotemporari menggunakan segala wang simpanan yang ada, namun besarnya kuasa Tuhan, dia diduga sebegini rupa.

See also
Yuna Jadi Insan Kedua Tempatan Dilamar Agensi Peragaan Antarabangsa

Benarlah kata pepatah, “When God wants you to grow, he makes you uncomfortable”. Sejak bencana menimpa kenalan rapat, Datin X mula melancarkan misi derma kilat dan sumbangan untuk disumbangkan kepada mereka yang terkesan. Ada juga beberapa socialite, Dato’, Datin malah Puan Seri yang Datin X kenali turut sama menghulurkan bantuan setelah mengetahui niat Datin X sekeluarga.

Toto, keperluan peribadi, bantal dan makanan banyak disalurkan kepada mangsa banjir. Termasuklah buat teman Datin X yang tadi. Walaupun tidak dapat membantu secara menyeluruh, namun dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban mereka yang memerlukan. Semoga barangan sumbangan yang Datin X dan teman-teman yang lain hulurkan dapatlah membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pautan berkaitan: Datin X: Socialite KL Bertegang Urat, Tak Bertegur Sapa Walau Berselisih Bahu

Dalam kita semua sibuk mengumpul bantuan membantu mereka yang sedang dalam kesusahan, ada sahaja cerita-cerita sumbang yang Datin X dengar. Memang kalau boleh, kala berbuat baik kita tidak mahu memburuk sangka, namun kita hanyalah manusia biasa. Puas Datin X melarikan diri dari mendengarnya namun tetap masuk ke corong telinga ini. Yang berpangkat dan berharta turun padang (bukan ketika air naik sampai ke bumbung, rata-rata yang datang bila air sudah surut ke buku lali) membersihkan rumah dan sekolah sambil 10 jurukamera merakam perbuatan mereka itu. Apa tujuannya?

See also
Club Med Kiroro Peak Buat Sang Adventure Seekers

Ada seorang lagi, bukan main cetak wajahnya pada kotak sumbangan. Orangnya tidak kunjung tiba, kotak yang sampai dulu. Iyalah takut-takut orang lupa wajah penyumbangnya. Aduhai! Pada awalnya, Datin X naik menyampah melihat tindak- tanduk segelintir orang-orang kaya di KL ni, tetapi selepas beberapa ketika timbul rasa berterima kasih. At least, mereka mahu menolong walaupun ada sekelumit rasa bersetuju yang mereka hanya mahu mengambil kesempatan.

Tidak berhenti disitu sahaja, teman Datin X juga menubuhkan pergerakan membantu mereka yang terkesan dek bencana banjir baru-baru ini. Yang ini lebih istimewa, Datin Sherina meraih kutipan berpuluh ribu, cukup segalanya dari bentuk barangan keperluan, makanan malah ada yang menyumbang wang tunai untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir. Bukan hanya untuk satu lokasi yang terjejas, ia cukup untuk agihan beberapa tempat yang lain.

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JAN/FEB 2022

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa