Miss Dior Kini Generasi 'Portable' - Glam Malaysia

Miss Dior Kini Generasi ‘Portable’

Sesuai dengan gaya hidup masa kini, segalanya cepat! Rangkaian paling bongsu Miss Dior hadir dengan format terbaru. Mudah dibawa dan aplikasinya cukup pantas.

Miss Dior Palette

Memahami kehendak wanita masa kini, Dior Beauty bersama rangkaian Miss Dior tampil dengan konsep terkini menerusi Miss Dior Eau de Parfum Roller-Pearl yang bersaiz 20ml. Reka bentuknya cukup elegan dan menangkap mood feminin. Sama seperti sehalus bab permata, koleksi terbaru ini cukup memberi kelainan malah ia turut menepati citarasa generasi masa kini. GLAM turut menyukai kehadiran bentuk terbaru Miss Dior Eau de Parfum Roller-Pearl kerana bukan sahaja mudah dibawa malah cara penggunaannya sangat kasual dan bersahaja.

Miss Dior Eau de Parfum Roller-Pearl

Pengarah solekan Dior untuk bahagian kreatif dan imej, Peter Philips tidak henti di situ kerana turut menampilkan ciptaan unik menerusi The Miss Dior Palette hadir dalam bentuk edisi terhad. Sama seperti wangian, palet ini juga simbolik kepada wanita Dior sekitar 1947. Koleksi Collector Palette ini hadir dengan pilihan warna harmoni yakni tiga rona pembayang mata yang terukir corak kotak houndstooth dan bentuk riben yang berada di atas permukaan warna  merah jambu.

See also
Sambut Aidil penuh mewah bersama Diamond & Platinum X Nurita Harith

Tambahan pilihan gincu bunga sebagai pelembap bibir mewah dengan tekstur kemasan satin. Tidak ketinggalan pemerah pipi, indah terukir nama Miss Dior. Sebagai pelengkap kuku polosmu, touch up ringkas bersama Topcoat bersinar. Segalanya berada dalam satu ruang kemas dan senang dibawa ke mana-mana tanpa rasa dibebani. Koleksi istimewa ini sudahpun berada di pasaran. Kunjungi ke butik kecantikan Dior Beauty berdekatan.

Artikel berkaitan Miss Dior Meraikan Kehidupan Pasca Pandemik