Pengarah Kreatif M.A.C James Gager Bakal Diggantikan Pengarah Kreatif Tiffany & Co. - Glam Malaysia

Pengarah Kreatif M.A.C James Gager Bakal Diggantikan Pengarah Kreatif Tiffany & Co.

M.A.C yang bakal melancarkan rangkaian Metallic Lips  mereka pada bulan ini dan akan mengeluarkan produk-produk mereka di kedai-kedia Ulta Beauty akan memperoleh pengarah kreatif yang baru tidak lama lagi.

 

Foto: M.A.C Cosmetics

Setelah hampir dua dekad berkhidmat sebagai pengarah kreatif di M.A.C James Gager akan melepaskan jawatan tersebut untuk memikul tanggungjawab lebih besar dalam The Estée Lauder Companies (syarikat induk M.A.C).

 

Toni Lakis bersama James Gager.
Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images

Gager bakal digantikan dengan orang kanannya Toni Lakis yang telah bersamanya selama 11 tahun sebelum memegang jawatan sebagai pengarah kreatif di Tiffany & Co. pada tahun 2014.

 

Lakis akan mula memegang jawatan itu secara rasmi paa 20 Mac ini dan akan terus bekersama dengan Gager sehingga 1 Mei di mana Gager akan mula memegang jawatan barunya sebagai naib presiden kanan, pengarah kreatif dan pembangunan jenama untuk Estée  Lauder Companies.

 

Peranan Gager adalah amat besar kepada pembesaran M.A.C  yang bermula dengan nilai $200 juta dan kini sebuah jenama yang bernilai berbillion Dollar Amerika.

See also
Meraikan Haruman Agung, Chanel N°5