5 produk kecantikan edisi terhad sempena tahun baru cina 2024

5 Produk Kecantikan Edisi Terhad Sempena Tahun Baru Cina 2024

Mesti ramai yang ingin tahu tentang produk kecatikan edisi terhad sempena Tahun Baru Cina tahun 2024 bukan? Mari terokai 5 koleksi istimewa edisi terhad pilihan GLAM buat kali ini ! 

Produk kecantikan edisi terhad sempena Tahun Baru Cina 2024 pasti dinanti-nantikan oleh anda semua dan pasti tidak sabar untuk melihat keistimewaan edisi kali ini. Sudah lumrah, penggunaan produk kecantikan sememangnya tidak lekang lagi dalam rutin seharian kita. Baik wanita atau lelaki berusia, muda juga remaja, kesemuanya sudah bijak dalam menjaga kulit wajah masing-masing.

Namun ramai yang masih belum mengambil berat isu penggunaan produk kecantikan dengan betul. Ia harus dipakai sesuai dengan jenis kulit si pengguna agar tidak mendatangkan sebarang iritasi dan kecelakaan pada kulit.

Produk kecantikan juga perlu serasi dengan jenis kulit si pemakai agar produk itu menunjukkan keberkesanan yang maksima pada kulit. Paling penting, pastikan produk sentiasa di dalam keadaan baik dan tidak rosak agar kulit kita terjaga dari sebarang implikasi dan masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.

See also
GLAM Cantik: Pilihan Editor

Tahun Baru Cina Kembali! Ini 5 Produk Kecantikan Edisi Terhad Pilihan GLAM!

Produk kecantikan yang baik perlu mengandungi bahan yang bagus dan berkualiti. Bahan buatan yang terkandung dalam sesuatu produk kecantikan juga penting untuk diketahui agar para pengguna tahu sama ada sesuatu produk yang digunakan itu berkesan atau tidak pada kulit wajah mereka.

Kandungan yang bagus membuatkan kulit seseorang itu lebih anjal dan akan kelihatan ‘awet muda’ bak kata orang. Usia yang meningkat juga antara salah satu faktor yang akan membuatkan kulit wajah dan tubuh badan kekurangan kolagen. Tahukah anda, kolagen sangat penting bagi merawat masalah kulit agar kelihatan ajal dan lembap bersesuai dengan cuaca dan persekitaran kita?

Jangan risau, tanda-tanda penuan ini boleh dicegah dengan penggunaan produk kecantikan. Kedutan dan garis halus pada wajah, lingkaran gelap di bawah mata serta kulit kusam ini mampu memberi kesan kepada imej serta penampilan seseorang. Oleh itu, bagi memperlambatkan tanda penuan, kita seharusnya mengamalkan rutin kecantikan yang sempurna dan semestinya konsisten.

See also
Kempen & Jawatan Terbaru Reese Witherspoon Bersama Elizabeth Arden

Dalam mengguanakan produk kecantikan, kita juga perlu berhati-hati, jangan terlalu mengikutkan kepada trend ‘viral’ yang semakin berleluasa kini. Senantiasa memeriksa setiap produk yang anda gunakan itu tidak mengandungi bahan terlarang dan berbahaya pada kulit. Penggunaan dan campuran bahan produk kecantikan yang salah juga boleh mendatangkan masalah yang serius kepada kulit.

Jadi GLAM di sini ingin menyarankan agar lebih berhati-hati dan teliti akan pemilihan produk kecantikan. Bersempena dengan ketibaan perayaan Tahun Baru Cina ini, pelbagai jenama kecantikan semakin rancak melancarkan koleksi edisi terhad mereka. Mari kita lihat apakah produk kecantikan edisi terhad semperna Tahun Baru Cina tahun 2024 pilihan GLAM ini!

1. SK-II X MAISON KITSUNÉ PITERA™ ESSENCE

Produk Kecantikan Edisi Terhad

 

2. Edisi Terhad Dr Dennis Gross Alpha Beta Universal Daily Peels

Tahun Baru Cina

 

3. Edisi Terhad Decorte Liposome Advanced Repair Serum

Tahun Baru Cina

 

4. Guerlain The Bee Bottle by L’Atelier Truscelli

Tahun Baru Cina

 

5. Edisi Terhad LANCÔME Advanced Génifique Serum