Millenial It-Girl: Atisya Rosli

Millenial It-Girl: Atisya Rosli

Glam menampilkan Millennial It-Girl bulan ini, Atisya Rosli yang merupakan seorang wanita jelita dan namanya semakin meningkat naik di kalangan penggemar fesyen hari ini. 

Siapa sahaja yang tidak mengenali wanita yang berwajah cantik dan lembut pertuturannya ini! Atisya Rosli merupakan seorang pempengaruh digital yang bukan sahaja hebat berfesyen, malah GLAM juga terpegun dengan kehidupan rumah tangganya bersama suami yang sering dikongsikan. Ikuti temu bual santai bersama Atisya Rosli yang telah menjadi inspirasi kepada generasi muda dengan kreativitinya dalam berfesyen, rutin kecantikan serta tip hubungan bersama suaminya.

Atisya Rosli, Millenial It-Girl Bulan Ini

1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.

Ambitious, fun dan creative!

Atisya Rosli

Foto: Instagram/Atisya Rosli

2. Apakah jenama fesyen kegemaran anda? Lokal dan antarabangsa.

Jenama fesyen lokal kegemaran saya ialah Whimsigirl dan Djerf Avenue untuk jenama fesyen antarabangsa.

3. Namakan satu trend fesyen kegemaran yang sering anda gayakan?

Saya menyukai trend ballet flats pada masa ini dan saya sedang cuba mengembangkan koleksi saya!

See also
Kate Moss Cuba Haluan Kerjaya Baharu?

4. Apakah koleksi fesyen terbanyak dimiliki anda? Kasut, beg tangan? Boleh kongsikan satu item fesyen kegemaran di dalam koleksi milik anda itu?

Semestinya, kasut! Pilihan kegemaran saya ialah pembelian terbaru saya iaitu Adidas Samba hasil kolaborasi bersama Sporty & Rich.

Atisya Rosli

5. Boleh kongsikan bagaimana rutin kecantikan harian anda bermula daripada pagi hingga malam?

Rutin pagi saya bermula dengan mencuci muka diikuti dengan toner, moisturiser, sunscreen dan diakhiri dengan makeup. Pada waktu malam, saya akan sentiasa double cleanse serta memakai serum, eye cream, dan berakhir dengan face mask.

6. Apakah pula aktiviti sukan kegemaran anda buat masa ini?
Saya tidak pasti jika Pilates dikira sebagai sukan tetapi itu merupakan pilihan utama saya buat masa sekarang.

7. Kongsikan 3 dessert spots kegemaran anda?
Aftermeal, Jaslyn Cakes dan Huang Soy Bar!

Atisya Rosli

Foto: Instagram/Atisya Rosli

8. Boleh Atisya kongsikan tip perhubungan bahagia bersama suami di usia muda?
Banyakkan bersabar! Sebenarnya, apabila anda masih muda bersama pasangan anda, terdapat begitu banyak untuk dipelajari dan perlu beradaptasi dengan tingkah laku masing-masing, jadi raikanlah perbezaan antara satu sama lain dan teguhkanlah hubungan bersama-sama.

See also
Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World's A Little Blurry

9. What’s next for Atisya?
Saya berharap untuk memulakan kehidupan berkeluarga dan menjalankan perniagaan yang berjaya. Doakan kejayaan saya!