Rambut Semakin Bersinar Disebabkan Rawatan Terkenal Jepun Ini - Glam Malaysia

Rambut Semakin Bersinar Disebabkan Rawatan Terkenal Jepun Ini

Anda mempunyai masalah rambut putus selepas warnakan rambut? Rawatan rambut dari Jepun ini penyelamat utama!

Tokio Treatment semakin meraih perhatian di Malaysia kerana keupayaannya membantu rambut rosak menjadi lebih bersinar dengan cepat dan tahan lama. GLAM membuat reviu di salun kecantikan francais terkenal, AUBE International dari Tokyo kini berada di Kuala Lumpur.

Aube international

Seperti berada di Tokyo tetapi hanya di Bangsar!

AUBE International merupakan salun kecantikan premium dari Tokyo dengan harga mampu milik. Kejayaan AUBE membuka lebih 250 salun di sekitar Jepun dan 15 di peringkat antarabangsa termasuklah di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Taiwan, Hong Kong, Vietnam dan Singapura. Kunjungan GLAM ke salun pertama AUBE di Bangsar, Kuala Lumpur adalah untuk menikmati perkhidmatan eksklusif yang disediakan,

Aube International

Salun kecantikan AUBE International menawarkan perkhidmatan penuh penjagaan rambut dan menggunakan produk terbaik dari Jepun. Pengarang kecantikan GLAM, Julia Azman dijemput untuk membuat reviu rawatan rambut yang menjadi pilihan wanita masa kini iaitu Tokio Treatment. Kala saya melangkah ke ruang salun AUBE, terasa lapang mata dan jiwa dengan susunan dekorasi yang bercitarasa mewah dan mengekalkan nilai estetik Jepun. Seperti berada di Tokyo tetapi hanya di Bangsar! Saya memilih untuk membuat servis Tokio Treatment dan touch-up warna rambut. Pengurus dan hairstylist AUBE, Steve Lee bertanggungjawab untuk mengembalikan fresh look saya!

See also
Diari Santorini Fyza Kadir

Aube

Menurut Steve, Tokio Treatment ini sangat popular di Jepun kerana kandungan formulanya yang membantu masalah rambut rosak akibat warna. Sesuai dengan masalah rambut saya yang semakin hari semakin nipis dan cepat putus akibat bleach. Tokio treatment ini adalah rawatan yang khusus untuk menangani masalah rambut rosak akibat terdedah dengan bahan kimia. Rawatannya bermula dengan kulit kepala akan diurut lembut sebelum memulakan 4 langkah wajib dan setiap langkanhnya mempunyai teknik berbeza dalam aplikasi produk.

Salun

Di salun AUBE Bangsar ini juga mempunyai bilik persendirian yang hanya boleh ditempah menerusi temu janji, sesuai untuk anda yang tidak mahu diganggu dan buat wanita yang berhijab. Setiap dekorasi dan kelengkapan salun semuanya diimport dari Jepun agar anda merasai pengalaman berada di francis sana. Paling menarik perhatian saya adalah kerusi baring sewaktu mencuci rambut, ianya bersifat automatik dan sangat selesa! Memang betul-betul baring atas sofa di rumah.

Salun kecantikan AUBE International menawarkan perkhidmatan penuh penjagaan rambut dan menggunakan produk terbaik dari Jepun.

Dari segi harga, dengan suasana premium AUBE ini bagi saya ia sangat berbaloi kerana harganya berpatutan. Rawatan Tokio saya hanya RM380 (Bergantung kepada panjang rambut) dan touch-up warna pula lebih kurang RM150-RM180 (Bergantung kepada panjang rambut)

See also
Disebabkan Komen Seorang Lelaki, Kylie Jenner Menyuntik Bibir

Buat anda yang ingin berkunjung ke salun kecantikan AUBE di Bangsar, nikmati diskaun hebat 20% untuk semua perkhidmatan kimia apabila anda menggunakan kod AUBE20. Promo terhad ini hanya untuk bulan Jun secara eksklusif buat pelanggan kali pertama sahaja.

Artikel berkaitan GLAM Reviu: Gigi Lebih Bersih Dan Tidak Berbau Bersama Zenyum Power Clean Duo