Berapa Nilai Kekayaan Putera Hussein, Bakal Raja Jordan? - Glam Malaysia
Berapa Nilai Kekayaan Putera Mahkota Hussein, Bakal Raja Jordan?

Berapa Nilai Kekayaan Putera Hussein, Bakal Raja Jordan?

Selain pertabalan Raja Charles III, satu lagi acara Diraja yang menarik perhatian dunia adalah perkahwinan putera sulung Raja Abdullah II, Putera Hussein.

Pewaris takhta Jordan itu disatukan dengan arkitek warga Arab Saudi, Rajwa Al Saif dalam satu majlis gilang-gemilang pada 1 Jun lalu. Putera Hussein adalah Putera Mahkota Jordan, yang juga ahli kerabat dinasti Hashemite. Dia juga dilaporkan sebagai generasi ke-42 Nabi Muhammad.

Dilahir dan dibesarkan dalam kehidupan serba mewah, berapakah agaknya nilai kekayaan Putera Hussein kini?

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mengenai Diri Dan Keluarga

Putera Hussein yang merupakan Kapten Angkatan Tentera Jordan adalah putera sulung kepada Raja Abdullah II dan Permasuri Rania Al Abdullah. Namanya diberikan sempena nama datuknya, Raja Hussein. Hashemite termasuk golongan Diraja Jordan adalah dinasti pemerintah tertua dalam dunia Islam. Mereka juga merupakan dinasti pemerintah kedua tertua di dunia selepas Imperial House of Japan.

Foto: The Second Royal Armored Battalion