Berapa Nilai Kekayaan Putera Hussein, Bakal Raja Jordan? - Page 2 of 5 - Glam Malaysia
Berapa Nilai Kekayaan Putera Mahkota Hussein, Bakal Raja Jordan?

Berapa Nilai Kekayaan Putera Hussein, Bakal Raja Jordan?

Selain pertabalan Raja Charles III, satu lagi acara Diraja yang menarik perhatian dunia adalah perkahwinan putera sulung Raja Abdullah II, Putera Hussein.

Pewaris takhta Jordan itu disatukan dengan arkitek warga Arab Saudi, Rajwa Al Saif dalam satu majlis gilang-gemilang pada 1 Jun lalu. Putera Hussein adalah Putera Mahkota Jordan, yang juga ahli kerabat dinasti Hashemite. Dia juga dilaporkan sebagai generasi ke-42 Nabi Muhammad.

Dilahir dan dibesarkan dalam kehidupan serba mewah, berapakah agaknya nilai kekayaan Putera Hussein kini?

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Latar Belakang Pendidikan

Putera Hussein menamatkan pendidikan rendah di Sekolah Antarabangsa Choueifat dan Akademi Amman Antarabangsa. Dia menyertai Akademi King pada 2012 untuk menamatkan pengajian sekolah menengah. Putera Mahkota Jordan itu memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah antarabangsa dari Universiti Georgetown pada 2016. Dia kemudiannya menamatkan pengajian dari Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 2017.

Foto: The Nashama of the King Hussein Armored Brigade