Ritual Penjagaan Gigi Bersama ZenyumFresh - Glam Malaysia

Ritual Penjagaan Gigi Bersama ZenyumFresh

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mulut berbau? Kini tiada lagi kerana Zenyum hadir dengan set penjagaan gigi lengkap seperti bertemu doktor gigi. Mulakan hari anda dengan mudah dengan perlindungan enamel dan nafas segar.

Masalah mulut berbau kadangkala mendatangkan reaksi kurang selesa pada orang sekeliling anda. Terutama saat menghadiri mesyuarat atau bertemu individu penting. Kini, ditambah pula dengan bulan Ramadan, pasti buat anda tidak keruan. Oleh itu, mulakan ritual penjagaan gigi bersama Zenyum.

Zenyum merupakan satu platform serba inovatif melalui Smile Cosmetics iaitu mengubah rutin penjagaan gigi yang biasa kepada sesuatu lebih kompak dan profesional. Misinya adalah menyebarkan ideologi pantas dan pengalaman mengagumkan dalam memiliki senyuman paling menawan ke serata Asia. Berpangkalan di Singapura sejak 2018, hanya bermula dengan menyuaipadan kepakaran doktor gigi profesional dengan pengunaan teknologi terkini yang menyediakan pendakap gigi lut sinar bercetak 3D dengan kualiti tinggi. Kini, Zenyum sudahpun menembusi 7 pasaran di Asia.

Pilihan GLAM iaitu ZenyumFresh yang merupakan rangkaian lengkap produk penjagaan mulut menggunakan formula semula jadi termasuklah ubat gigi siang dan malam, kumur mulut dan flos. Ritual ini sangat ringkas dan mudah mengikuti ritual yang ditetapkan. Menurut pemilik bersama dan CEO Zenyum, Julia Artope, “Most people view oral care as a chore, and we want oral care to be a mindful ritual that people will enjoy.” Apa yang menarik mengenai set ini adalah ubat gigi direka untuk kegunaan siang dan malam kerana jika kebiasaan kita hanya menggunakan satu jenis untuk siang dan malam.

See also
Rahsia Kulit Berseri Alicia Keys

 

Kenali lebih dekat barisan produk ZenyumFresh

Ubat gigi ZenyumFresh untuk kegunaan siang mempunyai kandungan papain iaitu enzim dalam betik yang terkenal sebagai agen pemutihan dan kurang pewarnaan. Hidroksiapatit Jepun dan natrium fluorida membantu menguatkan gigi serta melindunginya sepanjang hari dan minyak pudina adalah apa yang menghilangkan nafas pagi yang menakutkan itu. Di sebelah malam pula, ubat gigi malam pula kaya dengan arang aktif gred ultra-halus untuk membersihkan kotoranyang mungkin tertinggal pada siang hari.Gunakan bersama berus gigi elektronik, ZenyumSonic untuk dapatkan kesegaran berpanjangan.