STRIP lancarkan TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0

STRIP Lancar TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0 Edisi Baru

STRIP telah melancarkan Two L(i)ps Blackout 2.0 edisi baharu dan menambahbaik mask vulva baru-baru ini. Dengan bertemakan “Lights out, Lips on”, ia bertujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita dan keyakinan serta keterangkuman. 

STRIP dan TWO LIPS bersama-sama melengkapi dalam menyediakan penjagaan intim seperti yang dibayangkan oleh pengasas Cynthia Chua. Beliau telah mencurahkan kepakaran selama dua dekad dalam bidang ini.

Produk ini bukan sahaja menumpukan perhatian pada penjagaan intim seorang wanita malah TWO LIPS dapat mengubah persepsi sosial dan budaya seperti dapat  membahaskan dengan lebih terbuka tentang penjagaan vulva.

Pelancaran TWO LIPS lima tahun yang lalu daripada STRIP, merupakan satu revolusioner dalam bidang penjagaan vulva. Masker arang ini khusus untuk bahagian vulva. TWO LIPS BLACKOUT, kemungkinan adalah masker pertama dan produk pertama dalam rangkaian penjagaan intim bertaraf mewah.

STRIP lancarkan TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0

‘Two Lips Blackout’ Edisi Terbaharu

Pelancaran masker TWO LIPS ini, menandakan permulaan #LoveYourVulvaMore. TWO LIPS kini berbangga memperkenalkan masker versi vulva BLACKOUT yang baharu. Edisi terbaru ini berfungsi untuk menenangkan, mencerahkan dan melembabkan kulit.

See also
GLAM MAC 2018

1. Masker

STRIP lancarkan TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0

2. Packaging

Bahan-Bahan Dalam Two L(i)ps Blackout 2.0

Kandungan bahan edisi BLACKOUT ini masih mengekalkan bahan utama. Contohnya, Binchotan Charcoal yang berasal daripada pokok Japanese Ubame Oak yang dapat membersihkan kulit. Tambahan dalam formula serum masker ini adalah Vitamin C, B3 dan B5 untuk menguatkan perlindungan agar kulit lebih kukuh dan sihat. Bukan itu sahaja, bahan Chitosan yang terkenal dengan sifat antibakteria dan anti-radang turut digunakan di dalam produk ini.

Secara keseluruhan koleksi produk TWO LIPS, BLACKOUT ini adalah bebas asid sulfurik dan paraben bahan kimia. Produk ini telah diuji secara ginekologi dan dermatologi. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis kulit.

Jika anda nak tahu, masa yang paling sesuai untuk menggunakan produk ini adalah selepas anda membersihkan rambut pada alat sulit. Ia membantu untuk melembabkan kulit dan kulit akan rasa tenang serta sihat.

Antara Selebriti Yang Hadir Di Majlis Pelancaran

Antara artis yang hadir di malis pelancaran STRIP TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0 termasuk Datin Elvina Mohamad, Nadia Brian, Ramona Zamzam, Adriana Adnan, To’ Puan Syamim Farid dan banyak lagi.

See also
Guerlain Menampilkan Angelina Jolie Dalam Kempen Wangian Mereka

Antara barisan selebriti yang hadir ke acara STRIP TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0

Antara barisan selebriti yang hadir ke acara STRIP TWO L(I)PS BLACKOUT 2.0

Artikel Berkaitan : Vagina Berbau? GLAM Kongsi 5 Cara Untuk Elak Masalah Ini