Pengarah Kreatif Baharu Alexander McQeen Diumumkan

Seán McGirr Pengarah Kreatif Baharu Alexander McQueen

Selepas menerima banyak spekulasi semasa minggu Paris Fashion Week, Alexander McQueen mengumumkan bahawa Sean McGirr bakal menjadi Pengarah Kreatif yang baharu jenama gah ini.

Sean McGirr akan menggantikan Sarah Burton yang telah berkhidmat selama 26 tahun sebagai Pengarah Kreatif Alexander McQueen.

Sarah mengucapkan selamat tinggal kepada jenama itu dalam pertunjukan akhir yang penuh emosi di Paris pada hari Sabtu lalu. Sarah Burton mengambil alih sebagai Pengarah Kreatif pada tahun 2010, selepas kematian Alexander McQueen.

Sean McGirr dilantik sebagai Pengarah Kreatif baharu Alexander McQueen yang menggantikan Sarah Burton yang telah berkhidmat selama 26 tahun.

Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Seán McGirr sebagai pengarah kreatif yang baharu. Dengan pengalaman, personaliti dan tenaga kreatifnya, dia akan membawa bahasa kreatif yang berkuasa kepada Alexander McQueen sambil membina warisan uniknya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alexander McQueen, Gianfilippo Testa.

Sarah Burton mengambil alih selepas lebih sedekad kerjasama rapat dengan pengasas jenama itu. Sean pula menyertai JW Anderson pada 2020 sebagai Ketua Pakaian Lelaki sebelum mengambil alih Pakaian Wanita dan mengetuai semua pakaian ready-to-wear.

Sebelum itu, beliau adalah pereka wanita untuk Dries Van Noten. Dia juga merupakan sebahagian daripada pejabat kreatif Uniqlo yang mengusahakan koleksi Christophe Lemaire. Dia memulakan kerjayanya sebagai pembantu di Burberry dan Vogue Hommes Jepun selepas menamatkan pengajian dari program fesyen MA Central Saint Martins pada 2014.

See also
Serena Williams Membidas Dakwaan Dia Bakal Bersara Dengan Satu Instagram Post

“Alexander McQueen ialah rumah yang memberi kami semangat, dan kami yakin Seán McGirr akan dapat meneruskan perjalanan nya dengan dorongan kreatif yang baharu,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kering François-Henri Pinault. “Kami berharap dapat membuka lembaran baharu dalam sejarah jenama unik ini”. 

Sarah Burton menyertai Alexander McQueen sepenuh masa pada tahun 1997 malah namanya mula melonjak selepas dia mereka gaun perkahwinan untuk Kate Middleton.

Pada awal tahun ini, diumumkan bahawa koleksi Musim Bunga Musim Panas 2024 adalah koleksi Sarah Burton untuk Alexander McQueen yang terakhir. Sarah juga masih mengunci mulut akan langkah karier yang seterusnya.

Artikel Berkaitan : Dress Duchess of Cambridge Oleh Alexander McQueen Menjadi Isu