Tip Mantapkan Lengan

Tip Mantapkan Lengan

Evangeline LillyEvangeline Lilly. (Gambar: TPGVIP)

 

Pernahkah anda berhenti memakai baju tanpa lengan hanya kerana lemak terkumpul di bahagian itu? Ada banyak cara boleh anda lakukan untuk pastikan lemak tidak menjadi halangan untuk anda bergaya hebat dengan ceraian tanpa lengan. GLAM kongsi langkah untuk menghilangkan lemak terutama pada bahagian bawah lengan yang mudah menggeleber.

 

Langkah 1: Diet, Amalan Makanan Sihat. Anda perlu diet yang ketat untuk menghilangkan lemak badan secara keseluruhan seterusnya membantu menghilangkan lengan menggeleber dengan cepat. Daging tanpa lemak, ayam belanda dan ikan, sayur-sayuran sihat, buah-buahan dan kacang, biji-bijian dan makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah bagus untuk diet anda. Tinggalkan makanan segera seperti burger, kentang goreng, pizza, sos dan soda.

 

Langkah 2: Latihan Cardio. Untuk menghapuskan lemak pada bahagian tangan ini, diet sahaja tidak dapat membentuk lengan anda, ianya harus diselarikan dengan senaman sebagai rutin harian. Sebahagian daripada latihan terbaik untuk kehilangan lemak badan secara keseluruhan adalah treadmill, berenang, berjalan pantas, berjoging, berbasikal, aerobik, atau apa-apa senaman kardio pilihan.

See also
Antara Gaya Anggun dan Ranggi EMA 2016

 

Langkah 3: Latihan Angkat Berat. Mengangkat berat juga merupakan cara terbaik untuk menghapuskan lemak yang bermaharajalela di lengan. Apabila kehilangan lemak badan secara keseluruhan, secara tidak langsung anda menambah otot kepada badan dan akan meningkatkan metabolisme sekali gus membakar lemak lebih cepat. Tahukah otot akan terus membakar lemak walaupun selepas anda selesai bersenam? Satu paun otot akan membakar lebih kurang 30-50 kalori lemak badan setiap hari!

 

Langkah 4: Banyakkan Minum Air. Amalan ini adalah yang sering ditekankan. Bukan sahaja ianya memelihara tubuh agar terhidrat, malahan juga bertujuan menyimpan metabolisme tanpa kalori dan boleh membuat anda rasa kenyang pada waktu makan. Minum satu gelas besar air sejuk sejurus selepas bangun tidur juga antara cara terbaik merangsangkan metabolisme anda. Salah satu tip lain adalah untuk meminum segelas air sebelum waktu makan. Kaedah ini membantu anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori yang tidak diingini.

 

Langkah 5: Tingkatkan Metabolisme. Metabolisme memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal lemak badan. Ia menentukan berapa banyak kalori anda perlukan untuk melaksanakan hari tertentu. Setiap pergerakkan kita memerlukan tenaga, walaupun ketika sedang tidur. Metabolisme setiap orang berbeza, jika rendah ia menyumbang kepada kurangnya pembakaran kalori dan pembentukkan lebih banyak lemak atau lemak terkumpul dalam badan. Metabolisme lebih tinggi akan membantu anda kehilangan lemak badan keseluruhan lebih cepat dan hasilnya badan lebih ramping dan sihat.

See also
5 Hadiah Istimewa untuk Hari Bapa