Trend Asas Solekan Di Era Pandemik - Glam Malaysia

Trend Asas Solekan Di Era Pandemik

Asas solekan walaupun sekadar menyapu foundation atau melayangkan bedak sebenarnya juga boleh dikira sebagai trend, kerana cara wanita mengoles bedak berubah-ubah mengikut zaman. Jika dahulu yang tebal, yang membuat muka nampak putih menjadi ikutan. Namun lama-kelamaan ramai wanita menerima dan bangga dengan ton kulit sendiri, dan saya kira ini ada kena mengena juga dengan kepelbagaian ton bedak yang berada di pasaran. 

Your skin but better haruslah dijadikan pegangan dalam mempersiapkan asas solekan. Ini bukan trend tapi inilah yang sepatutnya menjadi panduan semua orang. Dan saya percaya ini jugalah yang didambakan tapi tidaklah semua orang itu bertuah dikurniakan kulit mulus bagai telur dikupas. Setiap individu, kalau boleh tidak mahu memakai bedak, jika kulit mereka lawa sebolehnya mahu ditayang-tayang, bangga jika tanpa solekan pun kulit masih nampak licin gebu. 

Chanel Les Beiges Hydration & Longwear Foundation

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, ramai orang mula melabur membeli produk penjagaan kulit, tambah pula dengan keadaan pandemik Covid-19, orang seolah-olah malas mahu bersolek tambah pula diwajibkan memakai topeng pelitup muka, ramai yang berfikiran bersolek adalah satu aktiviti yang sia-sia. 

See also
Idea Solekan Minimalis Dari Runway

Jadi untuk tahun ini apa kata kita mula minimumkan penggunaan bedak asas atau penyamar noda, boleh digunakan tapi perlu ditipiskan penggunaannya. Menurut jurusolek Khir Khalid, memakai bedak asas pun perlu pandai dan mestilah betul caranya. Apa yang ramai wanita fokuskan hanyalah pada pemilihan warna semata tetapi mereka tidak fokus kepada cara aplikasinya. 

Sebelum menyapu bedak asas kulit haruslah dipersiapkan terlebih dahulu. Mestilah disapu penyegar, serum juga pelembap. Kemudian siapkan dengan primer jika perlu. Jika punya masa, eloklah wajah diurut-urut agar ia tersedia sempurna sebelum mula disolek. Kemudian wajah disapu dengan penyamar noda (concelaer), dan ingat hanya perlu disapu pada bahagian yang ingin anda ‘pudar’ atau ‘samarkan’ celanya, bukannya seluruh muka. Saya pernah diberitahu ada seorang jurusolek menganjurkan bengkel solekan dan apa yang diajarkannya ialah sapuan penyamar cela mestilah ke seluruh wajah barulah solekan akan nampak mampan dan tahan lama. Sebab itulah agaknya ramai perempuan-perempuan Melayu suka bersolek tebal dan ‘putih’ mukanya, tersilap ajaran rupanya. 

See also
5 Gaya Rambut Effortless Untuk Anda Yang High-Maintenance

Artikel Berkaitan: Giorgio Armani, Ini Panduan Solekan Di Pertunjukannya

Dior Tampil Dengan Pemerah Pipi Bentuk Stik Buat Pertama Kali

Sesudah menggunakan concealer barulah disapu bedak asas, dan bedak asas jenis cecair lebih semula jadi efeknya. Hari ini ramai juga yang senang menggunakan bedak kusyen, selain kebanyakannya dipersiapkan dengan manfaat penjagaan kulit ia juga lebih praktikal dan tahan lebih lama. Sapuan highlighter dalam jumlah seminimum mungkin juga perlu untuk efek glowing yang lebih semula jadi. Sapukan pada bahagian wajah yang memantulkan cahaya seperti tulang pipi, batang hidung dan atas bibir. Pemerah pipi jenis krim juga satu idea yang baik untuk mencipta efek glow, pipi kemerah-merahan bagaikan baru lepas berlari keliling trek. Walaupun kulit anda tidaklah semulus bintang K-drama, tapi ada jalannya. Fake it till you make it!

Artikel Berkaitan: Dior Makeup Perkenalkan Stick Blush Pertamanya