Datin X: Kisah Antara Dua Darjat Versi Moden

Datin X: Kisah Antara Dua Darjat Versi Moden

deep10Gambar: Arkib GLAM

 
Bagai bulan jatuh ke riba. Bila anak sendiri berkahwin dengan pasangan yang datang dari keluarga hartawan, tempiasnya walau sedikit, pasti mengena. Kata orang, untunglah kalau berbesankan keluarga berduit. Susah-susah, anak menantu ada untuk membantu! Bila disebut-sebut fasal anak orang ‘biasa’ kahwin anak orang berada, orang muda selalunya akan menjadi defensive. Kata mereka, itu cara pemikiran kolot. Zaman sekarang mana ada orang berfikiran sebegitu. Tapi Datin X kata, masih ramai sebenarnya orang tua yang merasai perbezaan darjat, walau anak mereka bahagia. Kerana inilah hakikatnya yang ramai cuba pandang sebelah mata.
 
Datin X juga kenal ramai orang yang memang cuba match make anak masing-masing dengan anak orang tertentu yang dikira boleh mendatangkan manfaat buat seluruh keluarga. Anak-anak zaman sekarang pula sudah cukup pandai mengatur strategi dalam memastikan keluarga pasangan akan menerima kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada ahli keluarga baru suatu hari nanti. Tapi ada juga segelintir yang agak berangan dan bertanggapan yang strategi yang dirancang berakhir sebaik akad nikah. Oh, no way… it continues! Maksud Datin X di sini, selagi mertua bernyawa, pandai-pandailah bawa diri.
 
Ada kisah menantu yang tak diendahkan mertua. Hatinya amat sakit bila mertua sendiri lebih rapat dengan bekas menantu (bekas isteri suami!). Walau sudah bertahun mendirikan rumah tangga, situasi tetap sama. Nasib baik menantu ini tadi jenis tebal muka. Tidak terkesan langsung bila dipinggirkan secara terang-terangan. Katanya demi kebahagian suami dan anak-anak, dia tahankan saja. Tapi macam mana kalau menantu pemalas asyik duduk rumah menghabiskan beras? Ikuti satu kisah baru yang ingin Datin X kongsikan.
 
Teman Datin X baru sahaja menerima menantu. Anak perempuannya, Anis, kini bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan yang juga anak sulung kepada sebuah keluarga hartawan. Sebaik selesai resepsi, Anis terus tinggal bersama keluarga mertua. Kata ibu mertuanya yang bergelar Puan Sri, banglo besar mereka pasti sunyi jikalau anak lelaki kesayangannya berpindah keluar. Maka terpaksalah Anis memulakan tanggungjawabnya sebagai isteri sambil setiap gerak gerinya diperhatikan keluarga mertua.
 
Sebelum pasangan ini berumah tangga, Puan Sri tidak begitu mesra melayani Anis acapkali bertemu di majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Layanan yang ditunjukkan sentiasa dingin. Namun setelah Anis menjadi sebahagian daripada keluarga, segalanya berubah menjadi okey. Anis yang tidak bekerja, cukup pandai melayani keluarga barunya khususnya Puan Sri yang agak cerewet orangnya. Dialah yang menjadi teman bersembang di dapur, teman bershopping, teman serba-serbi. Sampailah suatu ketikanya apabila Puan Sri tiba-tiba asyik semedang muncung dan moody, entah kenapa. Jenuh Anis mencari sebabnya. Risik punya risik, akhirnya barulah dia tahu mengapa apabila anak-anak kawan kepada Puan Sri sendiri menyampaikannnya.
 
Sejak dua menjak ini Puan Sri selalu mengomel mengenai menantunya yang jobless kepada teman-temannya di luar. Menantu Datin tu, kerjanya banker. Menantu yang Datin ni pula, arkitek. Menantu sendiri? Makan, tengok tv, makan, tidur… itulah rutin hariannya. Rupa-rupanya Puan Sri ada sedikit terasa hati dan agak segan dengan kawan-kawannya kerana bermenantukan pengganggur. Keluh Anis, “Aunty, I sibuk-sibuk di dapur pun nak buat apa? Pembantunya sahaja ada dua orang. Nak kemas rumah, pembantu sudah awal-awal subuh lagi berkemas. Nak tolong jadi runner bayar bil, pemandu Tan Sri sudah buat semua tu. Jadi saya temanlah dia ke sana-sini. Tak cukup lagi?”
 
Datin X geleng kepala dengan jawapan Anis. Nasihat Datin X padanya, pergilah cari kerja. Tak kisahlah kerja apa pun, asalkan kerja. Jawab Anis, “I tak faham persepsi orang mengenai stay at home wife. Hina sangatkah? Bukankah mulia… duduk rumah jaga laki? Dari keluar bekerja, keluar pagi balik malam!” Eh, ke situ pula budak ni! “Anis, kalau stay at home mom tu, Aunty fahamlah. Kalau berkemampuan, tempat yang elok buat seorang wanita adalah di sisi anak-anak dan suaminya. You belum pun ada anak lagi. Habis tu, belajar tinggi-tinggi buat apa?!” Berangin sekejap Datin X dibuatnya.
 
Beberapa bulan selepas itu, Datin X dengar cerita, Anis mula menggelabah mencari kerja. Sudah tak tahan lah tu! Niat awal nak buka perniagaan. Tapi hasrat itu tak menjadi sebab dia sendiri yang hangat tahi ayam. Anis juga bercita-cita mahu duduk jawatan besar di syarikat besar. Tak mainlah jawatan biasa-biasa! Lalu dia minta tolong kawan-kawan suaminya supaya mendapatkan dia kerja. Walau semua berjanji mahu membantu, namun mereka sampai ke hari ini terus membisu seribu bahasa. Oh, mereka bukan bodoh mahu hire seseorang yang tiada kelayakan apatah lagi zero pengalaman. Dua tahun berlalu, Anis mula terdesak. Dia juga sudah tak larat nak bersemuka dengan ibu mertua yang mulai pandai memerli. Pantang nampak Anis mengendong beg berjenama baru, pasti Puan Sri akan menegurdengan kata-kata double meaning. “Alangkah bagusnya kalau beli guna duit poket sendiri dari menghabiskan gaji suami…”
 
Situasi tegang sebegini membuatkan Anis kerap keluar melepak bersama teman-teman lamanya. Puan Sri pula makin berani tarik muka dan mulutnya menjadi-jadi pula bisanya. Sampai suatu ketika, Anis mencari jalan mudah dengan memujuk suami agar berpindah keluar dari rumah mertua. Puan Sri pun apalagi, makinlah dia berapi. Datin X tak pasti apa kesudahan kepada drama antara Anis dan ibu mertuanya. Khabarnya sedang perang dingin dan Anis enggan tunduk lagi. Haih, drama klasik menantu vs mertua!
 
 

See also
Enam Jenama Lokal Bakal Gegar GLAM Fashion Future 2014