Datin X : Suami Gila Seks - Glam Malaysia

Datin X : Suami Gila Seks

Sebaik mana kita mengenali pasangan kita? Kadangkala, tidur sekatil sudah lebih 30 tahun pun kita masih berasa seperti bertemankan orang asing. Siapa dia di luar sebenarnya? Di depan khalayak, pijak semut tak mati. Di rumah menyinga, kaki tangan naik. Memang banyak kes sebegini di luar sana. Isteri patah kaki akibat dibelasah suami, tapi di depan orang, suami muka manis beritahu isteri terseliuh jatuh tangga.

Baru-baru ini ada khabar yang menjadi buah mulut orang, bagaimana seorang Datuk ini yang tidak hanya memegang jawatan penting dalam sebuah organisasi, tetapi dia juga menjadi orang perantaraan yang membuat arrangement rahsia bagi orang kenamaan yang berhasrat untuk ‘menempah’ khidmat seks beraneka jenis. Mahu cuba ‘service’ gadis tempatan atau luar negara, twosome, threesome, orgy... katanya semua ada.

Satu Kuala Lumpur berbicara mengenai topik hangat ini dan tidak kurang juga ada yang sibuk mencari siapakah lagi klien Datuk berkenaan. Sampai hari ini, sudah pelbagai macam gosip Datin X dengar. Salah satunya mengenai suami Hani yang dikatakan antara pelanggan tegar acapkali ada tetamu asing datang mengunjungi kilangnya di pantai timur. Rupa-rupanya sudah bertahun lama suami Hani menjalani kehidupan gelap seolah-olah Jekyll and Hyde. Depan bini, anak-anak, ibu bapa, para pekerja; caranya macam sungguh tertib. Bahasa tuturnya sopan, tidak pernah meninggi suara. Malah pemakaiannya serba elok bak kata orang macam belia 4B!

See also
Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik

“I rasa macam orang bodoh. Sudah setahun lebih semua orang bercerita pasal suami I, baru sekarang dapat tahu. Kenapa seorang pun tak mahu buka mulut? Sampainya hati… I macam kena tipu hidup-hidup!” Hani jelas sekali teramat malu apabila keluarga dan teman-teman bercerita mengenai rahsia jelik suaminya.

Datin X percaya Hani benar-benar tidak tahu menahu tentang perihal suaminya yang ketagih seks. Sebab suaminya langsung tiada perwatakan seperti seorang sex addict. Bila ada yang tersebut mengenai pembabitan Razif di sebuah resepsi baru-baru ini, satu meja tersenyap apabila salah seorang tetamu yang duduk di meja sama adalah anak sulung Hani. Apalagi, meraung anak itu pulang ke rumah bertanyakan ibunya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dari hidup aman bahagia, Hani anak-beranak jadi gundah-gulana memikirkan ketua keluarga yang disangka malaikat tetapi rupa-rupanya syaitan. Anak sulungnya sudah tidak mahu tunjuk muka di kolej, Hani pula cuba sedaya upaya untuk tidak bersemuka dengan saudara mara. Dia juga sudah mulai berhenti menerima jemputan ke mana-mana acara sosial kerana enggan menjadi bahan umpatan seluruh dewan.

See also
Merai Hari Wanita Sedunia #BluincIWD2020

Walau temberangnya sudah diketahui orang, Razif masih ke sana-sini berlagak innocent. Penjelasannya kepada semua orang, itu semua cerita tipu. Sangat betul pepatah, jika tiada ribut, masakan pokok bergoyang. Ada pula yang rakam Instastory dari akaun salah seorang pelanggan, jelas sekali Razif pun sama melanggan. “Gelilah I tengok muka si Razif tu. Anak-anak semua dah besar panjang. Tapi sanggup melanggan gadis-gadis muda seusia anak sendiri. Nafsu selera orang putih pula tu!”

Datin X sendiri sekarang ini memang tidak boleh pandang muka suami Hani sejak dulu-dulu lagi. Macamlah kita tidak tahu mengenai hubungan sulitnya dengan isteri orang yang juga staff pejabatnya. Mahu muntah kami semua mendengar cerita driver tentang bagaimana mereka memadu asmara di bilik pejabat sewaktu hujung minggu. Jadi bila keluar kisahnya melanggan sex session, semua yang tahu pun sudah sedia maklum. Kasihan anak bini!