Retorik: Hipster dan Muzik

Retorik: Hipster dan Muzik

sky ferreiraGambar: TPGVIP

 

Oleh: Asilah Bakri

 
Fesyen, baik lelaki mahupun wanita, perkara yang pasti akan terfikir adalah, elegan, seksi, bergaya malah mereka pasti akan memilih warna-warna dan corak yang selamat. Tetapi terdapat satu trend feyen sekarang yang sedang hangat menjadi rebutan iaitu baju kemeja bercorak plaid mahupun kosong, yang dipanggil sebagai flannel shirts.
 
Tambahan dengan industri muzik kita yang semakin bergiat kembang dengan menyertai festival-festival hujung minggu mahupun festival bazaar di lokasi-lokasi ternama, fesyen ini sangat bersesuaian untuk digayakan sambil menikmati alunan muzik. Seperti mana yang kita ketahui, fenomena baru yang dipanggil dunia hipsters sedang berleluasa di Malaysia yang dapat dilihat daripada pemakaian, perwatakan dan juga kafe-kafe di ibu kota. Segalanya, jika kelihatan sedikit berbeza pasti akan digelar sebagai hipsters. Begitu juga dengan pakaian ini, kalau diikutkan secara amnya, hipster merupakan satu terma yang sangat luas kerana asalnya ia datang dari perkataan ‘hippie’ yang melambangkan “Peace No War”. Buat mereka yang pemikirannya agak skeptikal, mereka akan menganggap apa yang berbeza di mata mereka akan digelar seorang yang hipsters.
 
Bagi saya, sekarang ini terdapat banyak butik-butik fizikal dan online menjual flannel shirts. Peniaga berebut-rebut untuk melariskan perniagaan mereka dengan menjual produk ini. Tambahan, terdapat juga artis-artis tempatan yang menggayakan gaya ini. Pada asalnya, corak jenis plaid ini dianggap sebagai pemberontak dan mereka yang inginkan kebebasan pada abad ke-16. Sebab itu kita dapat lihat pada artis-artis yang mengetengahkan industri muzik genre grunge, yang diusung oleh band asal Seattle, Nirvana. Selain itu para rockers seperti Axl Rose (Guns N Roses) dan Pearl Jam kerap kali mengenakan kemeja flanel kotak-kotak di semua pertunjukan muzik mereka. Tetapi percaya atau tidak, baju corak begini pernah dibanned oleh pemerintah Inggeris kerana bagi mereka yang memakai corak ini akan dianggap sebagai pemberontak.
 
Pada 1850, masalah itu tidak bertahan lama kerana selepas itu, corak ini diperkenalkan semula dengan menggunakan ikon seorang pembalak dengan warna corak hitam-merah. Pasti anda pernah melihatnya dikaca tv mahupun majalah tentang betapa cliché nya gambaran ini dan kerana itu, kita masih dapat melihat serta menggayakan kemeja ini walaupun peredaran masa sudah lama berubah.
 
Selain dari itu, t-shirt yang membawa jenama sesebuah band juga tidak kurang hebatnya. Tambahan pula kos untuk membuatnya tidak tinggi, jesteru ramai anak-anak muda zaman sekarang menjual t-shirt band, kerana mereka tahu zaman sekarang ini, tiada yang lebih menonjol dalam meminati sesebuah band dengan membawa nama band itu di badan sendiri. Selain dari t-shirt band, ada juga yang mengeluarkan produk t-shirt sendiri dengan panggilan generalnya, t-shirt local. Antara jenama yang mula menapak dalam industri fesyen adalah Sunday Outfits, Lokalah, Kyo Propaganda dengan GTAMalaysia, Kuku Besi dan banyak lagi.
 
Mungkin mereka rasa pemakaian yang mendefinisikan secara telus bagaimana seseorang berpakaian mengikut kepada minat terhadap muzik sudah sedikit bosan dan mungkin sedikit mahal. Sebagai contoh, jaket kulit bagi penggemar punk, labuci dan segalanya yang berkilat bagi penggemar glam rock, sudah pasti berfikir dua kali untuk melaburkan wang untuk memiliki pakaian tersebut. Tapi bagi yang bijak untuk mengenakan gaya dengan fenomenon muzik yang disukai, tiada yang mustahil. Ternyata rakyat kita bijak dalam membuat bisnes tambahan dengan menjual produk pakaian yang bersesuaian dan mereka tahu siapa target customer mereka. Tidak hairan jika sehelai t-shirt mampu mencecah RM50 hingga RM95 walaupun hanya dengan satu perkataan ataupun satu gambar sahaja yang tertera di baju tersebut. Mereka tahu, akan ada yang membeli.
 
Fesyen ini juga tidak akan popular kalau tak kerana festival-festival fesyen yang diadakan pada hampir setiap minggu. Festival yang paling ketara adalah Tempatan Fest pada 30 mac 2013, dengan tagline ‘The Festivals of Independent Clothing’ yang pada asalnya mengenalkan produk baju untuk local brand dan makin lama makin mendapat sambutan lantas, brand-brand lokal ini tumbuh dengan pesatnya seperti cendawan selepas hujan. Dengan adanya medium seperti Facebook, Instagram dan Twitter, buat anak-anak muda yang mentah yang baru nak mengenali dunia mahupun yang dah bekerjaya, tiada apa dapat menghalang mereka untuk membeli.
 
Samada flanner shirts/boyfriend shirts ataupun t-shirt biasa dari jenama tempatan ini memang kesukaan anda, ataupun hanya sekadar simbol buat dunia hipster, percayalah fesyen ini tidak akan ketinggalan zaman. Not now, not ever.
 
Asilah Bakri kini aktif dalam sektor keusahawanan. Mengembara serta menulis menjadi minatnya menyelami dunia masa kini.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi April 2015
 
 

See also
Rihanna Selamat Bersalin Anak Kedua Secara Rahsia