Celine Maison Pop-Up Berlansung Di Kuala Lumpur
celine maison

Celine Maison Pop-up Eksklusif Hanya di Kuala Lumpur

Secara eksklusif, Celine Maison berlabuh di Pavilion Kuala Lumpur sehingga 14 Mei.

Jenama cool Paris, Celine melangsungkan satu aktiviti hanya di Asia Tenggara dan Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan. Celine Maison Pop-Up yang kini sedang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur sehingga 14 Mei memberi pilihan membeli belah lebih unik kepada pecinta karya Hedi Slimane. Berlokasi di tengah kawasan pusat membeli belah utama Kuala Lumpur, pop-up ini mempunyai pilihan barangan kulit, aksesori buat kembara, hiasan rumah serta koleksi Haute Parfumerie.

celine maison

Celine Maison Pop-up ini dibina seakan butik wangian pertama Celine yang terletak di rue Saint-Honore, Paris. Dekorasinya membayangkan seni bina klasik Parisian yang memberi refleksi pada gaya hidup mewah dan elegan. Ditambah dengan hiasan kaca lalu memberi kepuasan yang cukup moden. Tersusun di setiap rak kaca adalah koleksi terbaik Celine seperti himpunan Triomphe.

celine maison

Bahagian tengah pop-up ini dihiasi dengan koleksi wangian mewah Celine. Tersusun seperti arca seni, adalah 11 koleksi Haute Parfumerie Celine yang cukup sofistikated. Himpunan wangian yang uniseks ini terbahagi kepada siri bau siang dan malam. Koleksi wangian siang hari adalah Parade, Saint-German-Des-Pres, Cologne Francaise, Dan Paris, La Peau Nue, Eau De Californie, Bois Dormant, Rimbaud. Manakala siri wangian malam pula adalah Reptile, Black Tie & Nightclubbing.

See also
Sertai Peraduan Hari Wanita Sedunia Blu Inc Media

Artikel Berkaitan: Beg 16 Nombor Keramat Ilham Hedi Slimane Buat Celine