Momen Menarik Jungkook BTS dan Jennie BLACKPINK di Parti Calvin Klein - Glam Malaysia
jungkook

Momen Menarik Jungkook BTS dan Jennie BLACKPINK di Parti Calvin Klein

Jungkook kelihatan muncul di parti yang dihoskan oleh Jennie dan Calvin Klein semalam di Seoul! Ramai tetamu yang hadir teruja melihat dua bintang dunia ini di hadapan mereka! 

Jika anda peminat BLACKPINK, pasti anda tahu akan kolaborasi hangat kini oleh salah seorang ahli kumpulan ini, Jennie, bersama jenama terkemuka, Calvin Klein. Sebelum ini, jenama tersebut memilih untuk berkolaborasi bersama Jungkook daripada kumpulan popular BTS. Semalam, bertempat di Seoul, Calvin Klein telah mengadakan parti pelancaran eksklusif bagi meraikan kolaborasi terkini mereka bersama Jennie. Namun, ramai yang terkejut apabila melihat kemunculan Jungkook di parti tersebut!

Ramai selebriti antarabangsa yang hadir teruja kerana dapat melihat dua bintang besar dunia ini di hadapan mereka. Tidak ketinggalan Angel daripada kumpulan DOLLA yang turut gembira dapat melihat Jennie dan Jungkook dihadapan matanya. Tidak kurang juga, jika lihat di Twitter, ramai yang berpendapat Jungkook kelihatan sungguh ramah dan sopan berdepan tetamu yang hadir.

See also
Ashley Olsen Selamat Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Rahsia

 

Jennie Jungkook

Kredit: Angel DOLLA

Jennie dan Skil Terbaiknya Melayan Tetamu Yang Hadir

Sudah tentu pelbagai video yang dirakam pada parti yang berlangsung semalam menjadi bualan hangat peminat K-Pop seluruh dunia. Salah satunya apabila ramai yang memuji gaya Jennie melayan para tetamu dan masih berkesempatan memperkenalkan serta menghubungkan teman-temannya antara satu sama lain. Seperti yang kellihatan tular apabila Jennie sempat menyelit duduk di tengah antara tetamu yang hadir kemudian memperkenalkan tetamu yang merupakan seorang pelakon dan model iaitu Lee Ho Jung bersama temannya iaitu seorang penari profesional YG Entertainment.

Simi dan Haze memainkan lagu kolaborasi Jennie dan The Weeknd yang belum dilancarkan lagi!

Antara momen menarik lagi yang dapat dilihat di parti semalam apabila ramai yang terdengar apabila kembar popular dan DJ duo yang juga merupakan teman baik Jennie ini memainkan lagu yang belum dilancarkan sama sekali oleh Jennie ataupun The Weeknd. Lagu tersebut dikatakan untuk siri drama The Idol keluaran HBO yang turut menampilkan Jennie sebagai salah seorang pelakonnya.

See also
Pembukaan Kiosk Terbesar Calvin Klein Watch + Jewelry

 

 

Pautan Berkaitan: 5 Gaya Rambut Y2K Jennie BLACKPINK Boleh Anda Cuba