Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein - Glam Malaysia
Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein

Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein

Kerabat Diraja Jordan menjadi perhatian dunia dua bulan lalu selepas Puteri Iman disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Jameel Alexander Thermiotis dalam satu upacara romantis.

Kini kurang dari sebulan, anak sulung Raja Jordan Abdullah II dan Permaisuri Rania, Putera Mahkota Al Hussein pula akan mengahwini warga Arab Saudi, Rajwa Khalid Al Saif. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Ogos 2022 di kediaman bakal pengantin perempuan di Riyadh, disaksikan keluarga kedua belah pihak.

Putera Mahkota Jordan Al Hussein rajwa al saif

Foto: Royal Hashemite Court

Kala kerabat Diraja Jordan sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan kedua tahun ini, butiran penyatuan Raja Hussein dan tunangnya didedahkan kepada umum. Mahkamah Hashemite Diraja mengeluarkan satu kenyataan mengenainya menerusi Arabian Royal Agency.

“Majlis perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Al Hussein dan Cik Rajwa Khalid Al Saif akan berlangsung di Istana Zahran, sebelum berarak ke Istana Al Husseiniya. Di sana, jamuan makan malam akan diadakan dan akan ada resepsi tertutup serta jamuan untuk para media.”

See also
Blake Lively Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Ini maklumat lanjut mengenai perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein dan Rajwa Al Saif.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tarikh Perkahwinan

Pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri pada 1 Jun 2023 bersamaan hari Khamis. Tarikh ini mempunyai nilai sentimental buat Putera Mahkota dan kerabat Diraja Jordan kerana selepas 10 hari, ibu bapanya, Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-30. Pasangan Diraja itu berkahwin pada 10 Jun 1993.

Putera Mahkota Jordan Al Hussein rajwa al saif

Foto: Royal Hashemite Court