3 Hadiah Hari Ibu Pilihan GLAM Untuk Yang Tersayang - Glam Malaysia
Hari Ibu

3 Hadiah Hari Ibu Pilihan GLAM Untuk Yang Tersayang

Hari Ibu bakal menjelang hujung minggu ini, sudahkah anda mencari hadiah istimewa untuk ibu anda yang tersayang? Jika belum, GLAM senaraikan 3 hadiah pilihan untuk anda! 

Insan yang melahir dan membesarkan kita ini digelar sebagai ibu. Insan yang sangat istimewa dan harus disanjung oleh setiap individu. Mereka inilah yang bertungkus-lumus memastikan kasih-sayang diberikan secukupnya dari kita kecil sehinggalah besar. Ibu jugalah yang menjadi penyeri hidup secara tidak langsung dalam hidup kita. 

Namun, semakin diri membesar, semakin sibuk dengan kehidupan. Kadang-kala tiada masa untuk keluarga terutama sekali buat ibu bapa kita. Jika anda mula sedari akan perihal ini, apa kata anda berhenti sekejap daripada melakukan kerja dan ambil masa untuk pelan hujung minggu ini bersama ibu anda bersempena hari istimewa Hari Ibu. 

Sambil ada meraikan si Ibu, GLAM cadangkan 3 hadiah istimewa untuk diberikan kepada wanita hebat ini. 

Hadiah Hari Ibu Istimewa Pilihan GLAM

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
See also
Analisa Solekan Mata Jennifer Lopez

#1 Gincu Shiseido TechnoSatin Gel RM125

Gincu adalah pilihan terbaik untuk diberikan kepada si ibu. Ini kerana bibir boleh menaikkan seri wajah seseorang wanita. Koleksi gincu terkini daripada Shiseido ini hadir dengan formula yang paling selesa berkemasan satin sesuai buat semua jenis bibir. Mengandungi 68 peratus Bahan bermanfaat yang baik untuk kulit wajah seperti minyak benibana (safflower), berfungsi melembap serta membekalkan penghidratan maksimum serta sepanjang hari. 20 pilihan rona untuk koleksi Gel TechnoSatin ini, kami pasti ada rona yang memikat hati ibu anda. 

Hadiah Hari Ibu