Cuti-Cuti Raya, Tiga Beg Kembara Perlu Bawa - Glam Malaysia
Cuti-Cuti Raya, Tiga Beg Kembara Perlu Bawa

Cuti-Cuti Raya, Tiga Beg Kembara Perlu Bawa

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setelah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, lanjutkan masa yang terluang dengan pergi melancong. Ambil kesempatan yang ada dengan pergi melancong bersama keluarga atau teman-teman. Ketahui tiga beg kembara serba praktikal lagi stylish yang perlu bawa bersama. 

 

RIMOWA FLAP BACKPACK (SAIZ BESAR)

Dari segi warna, material, ukuran dan ‘handle’-semua aspek harus dipertimbangkan untuk mencari beg khas kembara yang tepat dan sempurna. Dan buat yang akan pergi melancong tidak lama lagi, GLAM cadang untuk dapatkan beg galas terbaru RIMOWA dari rangkaian the Never Still. RIMOWA Flap Backpack saiz besar direka semula menggunakan bahan nilon baharu.

Rupa beg yang diberi sentuhan moden, sekaligus mencerminkan signature gaya jenama RIMOWA yang terkenal dengan rekaan bagasi kalis air. Turut menawarkan logam halus yang berkilau, lantas mengingatkan pada bagasi aluminium ikonik RIMOWA. Alur ikonik jenama itu juga kelihatan pada beg galas, kali ini disulam pula pada permukaan material nilon. 

See also
Beg Tangan Astor, Taruhan Baru Michael Kors

Beg ini bersifat ringan. Yang menjadikannya teman harian terbaik, menampilkan rekaan ‘bespoke’ rona metalik dalam kemasan matte hitam yang klasik. Reka bentuk praktikal turut dilengkapi dengan tali beg yang empuk dan bahagian bawah beg dibaluti material kulit dengan kemasan matte. Untuk menawarkan perlindungan maksimum apabila diletakkan di atas lantai.