Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024 - Glam Malaysia
Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024

Fesyen Karpet Merah Paling Mencuri Perhatian Di Brit Awards 2024

Sejak 1977, BRIT Awards memberi penghormatan kepada penyanyi dan lagu terbaik di dalam dan luar negara.

Acara tahun ini yang berlangsung di 02 Arena, London pada 4 Mac menampilkan tiga hos iaitu Clara Amfo, Maya Jama dan Roman Kemp. Ia menyaksikan bintang Britain, Raye mencipta sejarah dengan menggondol enam trofi. Kategori yang dimenanginya adalah British Album of the Year, British Artist of the Year, New Artist, Song of the Year, Songwriter of the Year dan R&B Act.

Artis lain yang turut membawa pulang trofi kemenangan termasuk Dua Lipa untuk Pop Act, Miley Cyrus untuk International Song (Flowers) dan Calvin Harris untuk Dance Act. Penyanyi pop legenda, Kylie Minogue dianugerahkan Global Icon Award.

Selain barisan pemenang, penampilan para selebriti turut mencuri perhatian. Tidak kira artis lelaki mahupun wanita, masing-masing kelihatan kacak dan menawan kala melewati karpet merah.

Kebanyakan selebriti wanita tampil anggun dalam gaun feminin yang rata-ratanya bertemakan rona hitam. Selebriti lelaki juga tidak kurang hebatnya apabila muncul dalam pelbagai stail termasuk sut tradisional, persalinan dengan sentuhan moden dan pakaian santai yang sesuai digayakan untuk acara seperti ini.

See also
9 Gaya Berani Selebriti Di Karpet Merah MTV EMA 2021

Lihat beberapa gaya selebriti di Brit Awards 2024

Dua Lipa memukau dalam gaun kulit serba hitam rekaan Versace dan barang kemas Tiffany & Co.

Ellie Goulding menyarung gaun sutera Alberta Ferretti yang dipadankan bersama aksesori Messika.

Raye berjalan di karpet merah Brit Awards dalam gaun klasik berperincian daripada Fendi Couture.

Charli XCX anggun dalam gaun pelbagai warna dan fabrik rekaan Marni.

Kylie Minogue menyarung gaun beropol dengan skirt asimetri rekaan Alexander Vauthier.

Brit Awards 2024

Marisa Abela muncul di karpet merah dalam persalinan dua-helai polka dot daripada Miu Miu.

Selebriti lelaki juga tidak kalah bergaya…

Calvin Harris segak dalam sut rona coklat yang dipakai bersama kemeja sepadan.

Conan Gray memberi sentuhan moden pada gaya sut klasik.

Brit Awards 2024

Rio Ferdinand menggayakan kot labuh bersama celana berpotongan lurus rona sedondon.

Olly Alexander tampil berani dalam jaket sutera rona hijau bersama sulaman emas.

Brit Awards 2024

Kingsley Ben-Adir tampil kasual namun bergaya dalam persalinan serba hitam.

Brit Awards 2024

 

Foto: Getty Images

See also
10 Gaya Berani Selebriti Di Fashion Awards 2023

Baca: 25 Stail Selebriti Terbaik Di Independent Spirit Awards 2024