Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024 - Glam Malaysia

Timeless Elegance Bersama Giorgio Armani Musim Panas 2024

Mari lihat dan terokai koleksi terbaru musim bunga/panas GIORGIO ARMANI 2024 !

Baru-baru ini jenama fesyen kelahiran Italy iaitu GIORGIO ARMANI baru memperkenalkan koleksi spring/summer mereka. Jenama yang ditubuhkan pada 11 Julai 1934 di Piacenza, Italy ini terkenal dengan Timeless Elegance dan Global Luxury Lifestyle Brand. Konsep yang ditengahkan ini merupakan nilai dan perincian estetika serta identiti mereka. Selain itu , jenama antarabangsa ini juga dikenali atas pendekatannya yang inovatif terhadap fesyen.

Koleksi Terbaru Musim Bunga/Panas GIORGIO ARMANI 2024

Jenama ini terkenal dengan memadukan bahan dan teknik baru mengenai fesyen dan tekstil. Giorgio Armani juga selalu memperkenalkan reka bentuk menampilkan warna-warna neutral, potongan kemas dan perincian yang terperinci. Pengaruh jenama ini terhadap industri fesyen sangat besar serta pereka fesyen jenama ini iaitu Giorgio Armani dianggap sebagai salah seorang pereka yang paling berjaya dan dihormati secara global.

Mengenai keluaran koleksi musim panas 2024, Jenama Giorgio Armani membawa kelainan apabila ia mengetengahkan konsep mengenai variasi pada warna dan perasaan sensasi pada rekaannya. Pada keluaran musim ini, variasi bagi jenama ini lebih kelihatan. Variasi yang cuba diketengahkan ini umpama berlari melintasi seluruh permukaan dalam gerakan yang bergelombang. Gelombang ini seterusnya, diperluaskan skala kromatiknya untuk memberi sentuhan hidup pada rona gangsa, perak seta nyalaan hijau dan unggu berharga. Kehadiran warna putih memberi keanggunan pada palet yang terinspirasi dari waktu senja.

See also
Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz

Koleksi pakaian ini juga diinspirasi dari elemen iringan pergerakan bendalir yang unik dan istimewa. Potongan yang mengikut bentuk badan dan penampakan pergerakkan bendalir yang dikatakan dapat dilihat dengan jelas pada helaian liquid jacket, crisp coats dan soft trousers. Dengan fesyen tumit rendah dan beg besar dari koleksi kali ini, secara tidak langsung menciptakan lebih variasi yang cocok dengan tema yang dibawa. Koleksi yang berlainan pada kali ini membuatkan jenama ini seperti membiasi dan bermutasi dari identiti mereka sendiri. Koleksi ini terlihat berbeza namun konsepnya yang asli masih dikekalkan dan tidak berubah.

Koleksi Terbaru Musim Bunga/Panas GIORGIO ARMANI 2024

Dengan koleksi Giorgio Armani yang membawa kelainan ini, pastinya peminatnya tidak sabar akan pengeluaran koleksi baru ini. Koleksi ini mempunyai identiti dan motif tersendir yang dilihat unik apabila diragakan. Corak dan motif menjadi permainan dalam koleksi yang dibawa kali ini. Kelihatan perincian dan struktur jatuhan kain yang bersifat bersahaja yang natural menjadi tarikan yang menarik akan jenama Giorgio Armani kali ini.

See also
Fenomena Metamorfosis Bersama Giorgio Armani A/W 17

Artikel Berkaitan: Syurga Elegan Terbaru Giorgio Armani Di TRX