GLAM Persona: Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 - Glam Malaysia
GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 01

GLAM Persona: Impak Positif Bersama Most GLAM 2022

Menjulang keperkasaan jati diri buat pemangkin kejayaan peribadi. GLAM menjulang lima Wanita hebat dalam memerangi energi negatif lantas menerbitkan fikiran positif. Ally Mukhriz, Marion Caunter, Nabila Huda, Natalie Prabha dan Sherry Alhadad membarisi Wanita Most GLAM buat edisi 2022. Sekali Gus, meraikan impak wanita dalam kemajuan zaman yang kian menuju kesetaraan gender.

PENGARAH KREATIF AIZAT AIDID & NISA HALID PENGARANG RENCANA ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG FESYEN JOHAN KASSIM PENGARANG KECANTIKAN JULIA AZMAN PENGARAH SENI KANAN AMIRUL ARIFIN GAMBAR NELSON CHONG/ FRENSS STUDIO SOLEKAN KHIR KHALID & SHENGSAW DANDANAN CKAY LIOW PELATIH NISA SYUHADA & ARIFF AZIZ BUSANA FENDI  LOKASI HELIPAD KL
GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 02ALLY MUKHRIZ, 27, PERSONALITI & PENGURUS MEDIA SOSIAL

Acara gemilang merai wanita Most GLAM 2022 kembali pada tahun ini. Siapa sahaja yang tidak kenal akan Meera Alyanna Mukhriz? Saling tidak tumpah umpama anak selebriti yang dibesarkan dalam perhatian masyarakat. Wanita berbintang Gemini ini tetap merendah diri dengan statusnya. Anak perempuan Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz, merangkap cucu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad, akui didikannya dalam keluarga elit politik ini hadir bercampur keistimewaan juga cabaran yang unik. Senang didekati lantas disapa sebagai Ally, dia merupakan pelajar ijazah sarjana dalam jurusan Strategi Pemasaran, di salah sebuah institusi perniagaan ternama dunia, yakni Imperial College Business School. “Bagi Ally, sifat kewanitaan pada masa kini tidak lagi berpunya sempadan. Kita kini boleh jadi androgini atau feminin. Tidak ada salahnya untuk menjadi salah satu darinya. Namun, fokuskan tentang cara bagaimana anda ingin menggambarkan diri kepada dunia luar. Dan paling penting mengenai erti sifat kewanitaan hari ini adalah, kita perlu menyokong dan melindungi satu sama yang lain. It’s powerful.

“Perkara utama untuk menjadi seorang wanita kala ini adalah kita perlu mendidik diri kita terlebih dahulu. Kita perlu tahu perbezaan antara hak wanita dan feminism. Saya berpendapat bahawa setiap orang punyai maksud konsep yang berlainan mengenai feminism, termasuk lelaki. Contohnya, jika anda seorang wanita feminis, tidak bermaksud anda bencikan lelaki. Salah faham mengenai definisi ini kadang boleh tersasar jauh dan masyarakat perlu ambil tahu berbezaan konsep feminism, feminis dan hak wanita. Tetapi perkara penting untuk memahami tentang hak wanita dan feminism adalah kita perlu tahu apapun gendernya manusia memiliki hak yang sama.”

See also
GLAM x COACH 2017

GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 03

“Namun, perempuan seringkali mendapatkan diskriminasi berbasis gender. Salah satu diskriminasi tersebut adalah seksisme dan misogini. Perilaku misogini ini sebati dengan masyarakat dahulu, tetapi kini kita sudah berada di abad ke-21. Kita perlu putuskan rantaian tradisi tersebut dan menyokong wanita satu sama lain. Sebagai contoh, Nick Cannon kini punyai 10 anak tetapi kesemuanya lahir daripada 6 ibu yang berlainan sejak 2011. Kita sebagai wanita apabila membaca tentang kisah ini, akan cepat membuat spekulasi sendiri. Secara tidak langsung, kita menjadi misogini. Mentaliti ini perlu diubah dan kita perlu sedar lantas membaiki diri ke arah wanita yang positif di abad ke-21. Sekiranya Nick Cannon itu adalah wanita, bayangkan pula apa yang bakal didepani oleh individu itu,” terang Ally yang kini menjawat tugas di agensi pemasaran terkemuka M&C Saatchi Group.

“Jika anda bersikap jujur kepada diri sendiri dan anda percaya pada tujuan peribadi; tidak kira apa pun kritikan orang sekeliling berikan. Jangan takut untuk menyuarakan pendapat anda kerana setiap suara itu penting dalam menciptakan komuniti yang harmoni. Suarakan terus pendapat anda dan jangan lupa untuk jadi orang yang bertanggungjawab. Dari melibatkan diri dalam lapangan politik, Ally lebih rela menghadirkan sesuatu yang memberi kesan kepada masyarakat. Contohnya menyokong kempen atau aktiviti badan amal. Jika ia mengubah pendapat mereka dan mereka kemudian menyampaikannya kepada orang lain, maka itu adalah kerja yang baik. Seperti kempen Love All Beings, yakni peliharaan anjing jalanan. Kempen ini sedikit sebanyak telah mengubah stereotaip orang ramai dan membantu haiwan ini yang juga memerlukan perlindungan,” cerita wanita Most GLAM 2022 ini.

GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 04

MARION CAUNTER, 42, PERSONALITI TV & PENGASAS BERSAMA SALON HAIRPLAY DAN MARE

Sudah lebih 20 tahun si jelitawan asal Pulau Pinang ini menyerikan lapangan hiburan tempatan. Dari menjadi pengacara kini Marion Caunter lebih menjadi duta atau teman kepada beberapa barisan jenama dari kecantikan, fesyen beralih pada arloji serta barang kemas. Namun, rincian harian Marion sudah pasti memperkasakan bisnes baharu dengan memperkenalkan produk vitamin untuk rambut. “Hari ini saya sibuk dengan perencanaan produk Mare, vitamin More is More yang merupakan minuman beri campuran botani dan buah pic. Komponen utamanya adalah vitamin dan ekstrak tumbuhan yang terbukti bermanfaat untuk tubuh serta rambut. Kelainan produk ini ditonjolkan menerusi idea formulasi minuman berkhasiat untuk tubuh serta rambut. Kerana rata-rata produk rambut kebiasaannya menggunakan formula atau aplikasi hanya di rambut dan kulit kepala.”

See also
Beyoncé Bersinar Dalam Kempen Terbaru Tiffany & Co.

“Mengapa rambut satunya kerana saya berdepan dengan masalah rambut gugur yang tidak normal sewaktu menuruti perintah kawalan pergerakan. Saya sedari yang saya alami masalah keguguran rambut lebih dari kebiasaan ketika musim PKP itu. Namun, saya tidak pasti akan faktor penyebabnya. Sama ada kerana perubahan hormon, kebimbingan, usia mahupun gaya hidup. Menyedari isu yang didepani ini, saya bersama teman rapat, berdua bekerjasama bagi menemukan formula untuk mengalakkan pertumbuhan. Lantas mengekalkan rambut yang sihat lagi menawan. Rambut adalah satu perihal utama buat selautan wanita di luar sana. Sekalipun, mereka berhijab atau sebaliknya. Aset paling bernilai yang dianugerahkan Ilahi buat saya sudah pastinya rambut dan saya rasa; rambut adalah satu perkara yang membuatkan wanita berasa sangat baik tentang diri mereka sendiri.”

GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 05

Mengenai womanhood, apakah kata Marion memandangkan dia berpunya kumpulan teman yang sering berliburan bersama. “Saya fikir wanita boleh menjadi penyokong serta pengkritik terbesar antara satu sama lain. Terkadang cara mereka mengolahkan kata sama ada tertulis mahupun lisan boleh menjadi sangat berbisa antara keduanya. Menyelak komen-komen di ruangan media sosial saya, banyak komen negatif yang saya dapat adalah daripada wanita sendiri. Sangat menyedihkan kerana pada saya, ia seperti, kita sepatutnya mengangkat satu sama lain dan bukannya berkelahi bersama. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan, maka jangan katakannya. Jangan ikuti saya di media sosial melihatkan peluang untuk menjatuhkan emosi saya dengan mainan kata-kata. Berada dalam industri ini selama lebih 20 tahun, saya boleh katakan saya sudah terbiasa dengannya,” tutur wanita Most GLAM edisi 2022 ini.

“Tetapi setelah berkata demikian, dalam mood yang baik, saya berserah. Tapi bila mood tidak stabil saya rasa ingin membalas dan mengatakan sesuatu. Saya akui dan bersyukur dengan kehidupan hari ini setelah berkahwin dengan Nasa. Tetapi janganlah sekali mengabaikan semua kerja yang saya telah lakukan sebelum berkahwin dengannya. Semua usaha kerja keras untuk saya berada di posisi ini hari ini. Saya tidak sama sekali duduk menggoyangkan kaki semata. Saya tidak punya latar belakang keluarga berada, kedua ibu bapa saya berserdehana sekadar pendidik. Dari kecil sudah tertanam dalam diri untuk menekuni ilmu dari kelas di sekolah beralih ke kuliah di universiti. Kemudian diingatkan untuk bekerja setelah usai pengajian dan itu sahaja yang saya tahu laksanakan sehinggalah saat ini. Yakni untuk bekerja berpunya kerjaya!”

See also
GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022
GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 06NABILA HUDA, 38, PELAKON & PENGACARA

Dia anak kepada penyanyi rock legenda tanah air. Tiada pengganti untuk Amy, semua orang tahu. Namun, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil berjaya mencorakkan perjalanan kerjaya seni yang tersendiri; tanpa berteduh kepada tuah nama ayahnya. Abil baru sahaja usai penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali yang dijadualkan untuk menemui layar panggung pada tahun hadapan. Terkenal dengan memerankan bakat lakonan yang mantap, wanita berbintang Sagitarius ini sekali lagi mencabar diri untuk membawakan karakter unik. Yakni seorang wanita kelainan upaya yang bisu, di samping sudah lama memasang impian untuk bekerjasama dengan sutradara tersohor negara ini. “Berlatarkan tahun 1980-an di sebuah kampung bernama Cendana yang penuh misteri. Telaga Suriram bagaimanapun, bukanlah sekedar sebuah filem yang bergenre seram semata-mata. Bila berdiskusi dengan pelatih lakonan merangkap salah seorang bintang yang membarisi filem ini, Ellie Suriaty; pengolahan ceritanya juga bersentuhan feminism. Menceritakan kisah tentang seorang wanita yang dianiaya, bisu kerana mengalami trauma sejak kecil,” cerita aktres yang sudah bertapak dalam lapangan seni lakonan tempatan sejak usianya 16 tahun lagi.

GLAM Persona, Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 07

“Wanita adalah seorang yang berkuasa juga serba serbi kuat. Wanita adalah guru yang pertama kepada semua yang menghuni dunia ini. Sekalipun kepada seorang lelaki. Sebabnya wanita lah yang mengajar erti kasih sayang. Dari berdukung, beralih merangkak, dia lah yang mengajarkan cahaya matanya berjalan. Juga mendidik, menyanyikan abjad serta nombor; adalah seorang wanita. Namun, untuk sesetengah individu, mereka hidup dalam penafian kerana tidak boleh menerima konsep ‘wanita berkuasa’ ini,” kata Abil mendalami erti wanita sempena isu Most GLAM 2022.

Baca lanjut Impak Positif Bersama Most GLAM 2022 dalam isu NOVEMBER 2022

Pautan berkenaan: 6 Wanita Berpengaruh Di Dunia