Gucci Horsebit 1955 pilihan Halle Bailey, Hanni, dan Julia Garner
Gucci Horsebit 1955

Hanni Daripada NewJeans Membintangi Kempen Gucci Horsebit 1955

Halle Bailey, Hanni, dan Julia Garner membawa perspektif baharu kepada beg Gucci Horsebit 1955 dalam kempen oleh Mert & Marcus.

The Horsebit 1955, beg ikonik di Gucci yang dihiasi dengan lambang ekuestrian menjadi pilihan utama buat musim ini dengan siri kempen yang di rakam oleh Mert & Marcus. Lensa mereka berdua memotretkan Halle Bailey, Hanny daripada kumpulan NewJeans dan Julia Garner sebagai wajah utama kempen beg ini. Ketiga-tiga mereka dipilih kerana mampu mewakili hasil kerja seni bermutu tinggi.

Gucci Horsebit 1955

Julia Garner

Halle Bailey adalah penyanyi dan penulis lagu yang bakal membintangi filem Disney bertajuk The Little Mermaid, sebuah filem berkisar ikan duyung yang ikonik. Ia sangat dinanti-nantikan oleh pecinta filem kartun ini. Julia Garner pula adalah pelakon muda yang makin bersinar dalam arena Hollywood juga menjadi duta kepada Gucci Guilty. Manakala Hanni, merupakan ahli kumpulan NewJeans dan kini telah diangkat menjadi duta global buat Gucci.

Halle Bailey

Mert & Marcus merakam ketiga-tiga mereka dalam  potret yang cukup intimate, berlatarbelakangkan palet rona yang terang. Lantas setiap karakter beg Gucci Horsebit 1955 ini dipancarkan melalui gaya lebih bersahaja, tetapi tidak kurang energinya!

Gucci Horsebit 1955

Hanni

Kempen oleh Mert & Marcus buat Gucci ini membiaskan rasa klasik yang terdapat pada beg ikonik. Pertama kali horsebit diperkenalkan pada 70 tahun yang lalu pada loafer Gucci kini muncul dalam variasi lain khas buat beg yang satu ini. Ia membuktikan lagi kekayaan arkib yang dimiliki oleh Gucci dan diterjemahkan pada beg Gucci Horsebit 1955.

See also
Ikon Fesyen: Phoebe Philo

Artikel Berkaitan: The Iconic: Gucci Jackie 1961