Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu - Glam Malaysia
Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu

Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil, Permintaan Diana Danielle Hanya Satu

Kemelut rumah tangga pasangan terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum menemui jalan penyelesaian.

Mac lalu dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keretakan rumah tangga Farid Kamil dan isteri. Aktres Imaginur itu menfailkan permohonan cerai pada 10 Mac atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan. Permohonan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, menyaksikan Farid Kamil enggan melafazkan cerai. Proses diteruskan dengan prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah beberapa hari lalu tanpa kehadiran Diana Danielle.

farid kamil

Foto: Gempak

Jelas aktor berusia 42 tahun itu terlalu sayangkan keluarganya dan cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya daripada musnah. Justeru dia mengemukakan tawaran perdamaian berjumlah RM319,700 yang diharap mampu melembutkan hati isterinya demi kebaikan dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.

Tawaran itu berupa Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, dan wang pendahuluan nafkah dari bulan Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000. Tidak lupa juga bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan kini bertukar menjadi hutang berjumlah RM44,000.

See also
Sandra Lim, Ratu Cantik Malaysia Di Miss Universe 2024

Tawaran Farid Kamil Dipandang Sepi

Ternyata tawaran berjumlah hampir setengah juta ringgit itu tidak mampu mengubah pendirian Diana Danielle. Satu-satunya jalan penyelesaian yang diinginkannya kini adalah perceraian dan keputusan itu dilihat muktamad. Pelantun lagu Senandung Raya itu malah terkejut dengan tindakan suaminya yang seolah memberi gambaran bahawa dirinya adalah jenis wanita materialistik.

Peguam Diana Daniel, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata kepada Kosmo, “Farid buat tawaran itu supaya Diana kembali, seolah-olah dengan memberi duit barulah Diana akan kembali ke pangkuannya. Dia bukan jenis gilakan duit. Hakikatnya Diana terkejut dan tertanya-tanya motif Farid berbuat demikian terutama mendedahkan perkara itu kepada umum.

Foto: Instagram

“Apabila Farid berkongsi perkara yang sepatutnya dimaklumkan dan dibincangkan antara peguam kepada orang luar seperti ingin tunjukkan bahawa isterinya seorang wanita materialistik. Perkahwinan mereka memang tidak boleh diselamatkan kerana Diana sudah nekad mahu bercerai. Demi anak-anak, dia cuma ingin kekal sebagai kawan.”

Tambahnya, permintaan Diana Danielle adalah untuk dilepaskan secara baik selain meminta Farid Kamil memberi nafkah untuk anak-anak mengikut kemampuan. Malah aktres berusia 32 tahun itu juga tidak akan menuntut apa-apa daripada suaminya seperti nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian. Bagaimanapun Diana Danielle akan menfailkan hak penjagaan kekal dua anaknya di mana Farid Kamil sebagai bapa kandung akan memperoleh hak lawatan dua kali sebulan.

See also
Dakota Johnson Selangkah Menuju Perkahwinan

 

Foto: The Star

Baca: Mesej Ringkas Farid Kamil Mengundang Rasa Hiba Peminat