Irina Shayk, Ratu Fesyen "Lockdown" - Glam Malaysia
Irina Shayk, satu fesyen "lockdown"

Irina Shayk, Ratu Fesyen “Lockdown”

Apa pun yang terjadi, Irina Shayk tidak akan tewas kala berfesyen. Apa jua cabaran yang dihadapi, Irina unggul dalam gaya pilihannya. Meskipun, 2020 are cancelled. Krisis pandemik melanda. Irina tetap mengutamakan stail. Selain perihal stail, Irina turut cemerlang dalam kerjayanya sebagai model. Sepanjang 2020, wajah Irina disaksikan kerap menghiasi kempen fesyen, editorial fesyen serta catwalk di acara fesyen. Di samping itu, mengimbangi kehidupan sebagai seorang ibu. Motherhood, modelling, style- Irina has it all.

Fesyen Irina menjadi buruan lensa. Recently single, Irina dirakam sibuk menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Ke sana ke sini sekitar New York, Irina ‘sempat’ mempamerkan penggayaan yang effortlessly-stylish dengan padanan stail yang bervariasi. Seperti kebanyakkan orang biasa, sewaktu ‘lockdown’, kita lebih selesa berpakaian yang selesa. Sweatpants and hoodies. Loungewear, itulah yang kita biasa pakai. Tetapi, klik gambar-gambar Irina ketika tidak bekerja, menjalani kuarantin seperti sama seperti semua, ternyata memberikan inspirasi. Semangat untuk kelihatan stylish, biarpun terpaksa duduk di rumah.

See also
Wanita Curvy Balmain

GLAM suka akan stail model (dan ibu) looks oleh Irina. Tidak kiralah apa yang sedang berlaku di sekelilingnya, Irina masih mengambil langkah penting untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di luar. Irina membuktikan bahawa kuarantin atau ‘lockdown’ bukan penghalang untuk kekal stylish. Apa juga helaian, aksesori dan konsep gaya yang dingini, pelitup muka usah tertinggal. Selain kepentingan kendiri, gaya pelitup muka yang dipakai Irina, mendifinisikan pelbagai stail. Seksi, ‘bersahaja’, kesukanan-semuanya bisa ditampil Irina. Kami mengagumi kesemua look Irina sepanjang ‘lockdown’.

Siapalah boleh mengagak bila kita boleh berhenti memakai pelitup muka sepenuhnya dan mula memakai pakaian sebenar seperti sedia kala. No one knows. Tetapi Irina tidak peduli semua itu. Dia membuatkan pelitup muka itu terasa menarik dan eksperimental. Ibarat aksesori yang mencabar kreativiti kita untuk memilih konsep fesyen yang ingin digayakan ketika itu. Sepanjang ‘lockdown’, Irina akrab dengan celana panjang, sama ada denim, seluar kulit, tracksuit, seluar kargo, juga skirt mini. Yang dilengkapi but untuk impak gaya. Totally the queen of lockdown’s style. We salute you.

Artikel berkaitan: Parti Tahun Baharu, What To Wear?

See also
Timeless & Praktikal Beg CHANEL 22 Musim Bunga Panas