Kempen Horse and Carriage Buka Lembaran Musim Bunga 2022 Coach
WELCOME SPRING! COACH HASILKAN KEMPEN “THAT’S MY RIDE”, PERKENALKAN HIMPUNAN HORSE AND CARRIAGE YANG BARU. JENNIFER LOPEZ, MEGAN THEE STALLION DAN RAMAI LAGI ANTARA YANG TERLIBAT.
Coach memperkenalkan kempen musim bunga 2022 yang dibintangi “Coach Family”, seperti Jennifer Lopez merangkap duta, Megan Thee Stallion, Noah Beck, Koki dan ramai lagi. Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers bekerjasama dengan pengarah dan jurugambar Tyler Mitchell untuk menghasilkan kempen ini, yang mengolah semula kod ikonik Horse and Carriage dan logo pertama dalam palet pop untuk generasi baharu.
Menerokai warisan rumah itu melalui aspek budaya pop, “That’s My Ride” secara bersahaja membangkitkan nostalgia dari filem dan muzik yang kini membentuk imaginasi kolektif Coach. Berkonsep fun, merakam perjalanan mereka mengelilingi bandar menggunakan pengangkutan yang berbeza-beza, menyaksikan Lopez berbasikal dengan sekumpulan penunggang basikal BMX, Megan pula bertarung dengan bumper car di taman hiburan, dan Wisdom Kaye dan geng-nya, termasuk Noah Beck, bersuka-suka mengelilingi Brooklyn. Dan meraikan gaya kenindividuan.
Kempen ini memperkenalkan koleksi musim bunga 2022 dan visi Stuart Vevers untuk stail klasik Amerika yang direka melalui perspektif sekarang. Sebagai tambahan kepada koleksi Horse and Carriage, beg tote Field dan beg galas Hitch difokuskan, juga Coach’s Signature yang baharu.