Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM - Glam Malaysia
Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM

Lima Item Bulan Julai Pilihan Editor Fesyen GLAM

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hello Julai! Kira-kira item fesyen mana yang sesuai melengkapi penampilan para wanita masa kini? Semak lima item fesyen baharu yang menjadi pilihan Editor Fesyen GLAM.

SANDAL PRADA

Gaya Monolith yang ikonik dibayangkan semula untuk musim ini. Balutan kait yang seragam dan pertukangan yang halus bertemu reka bentuk sporty ini dihadirkan dengan volum besar. Sandal PRADA ini mengisyaratkan  gaya musim panas yang cemerlang. 

 

BEG SILANG CHANEL

Beg silang CHANEL yang sempurna untuk melengkapi penampilan musim panas. Tak hanya diwarnai nuansa ‘90-an, beg silang ini memberikan aura glamorama secara sederhana yang tak lekang waktu. Aksentuasi denim biru disempurnakan oleh logo double C yang ikonik, langsung memberi sentuhan playful namun chic.