Lima Item Fesyen Pilihan Editor Fesyen GLAM - Glam Malaysia
Lima Item Fesyen Pilihan Editor Fesyen GLAM

Lima Item Fesyen Pilihan Editor Fesyen GLAM

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sebelum masuk bulan Jun, ketahui lima item fesyen yang menjadi pilihan Editor Fesyen GLAM bulan ini. Mampu meningkatkan penampilanmu, di samping itu menambah koleksi aksesori agar sentiasa ‘update’. 

SANDAL UNTUK MUSIM PANAS

Lima Item Fesyen Pilihan Editor Fesyen GLAM

Sandal MAX MARA ini memiliki keselesaan yang tiada tandingannya, memiliki alas sandal yang terasa ringan saat memakainya. Sandal slip on yang sempurna dipakai untuk kegiatan sehari-hari. Ton warna neutral yang mudah padan, sesuai buat yang gemar gaya santai namun chic.

CARTIER

CARTIER TRESSAGE hadir varian emas dan berlian, kontra dua ton, dan yang lebih eksperimental dengan perhiasan berwarna atau berlian. Cincin dihiasi berlian dan bebatu hitam dengan potongan yang distingtif yang menonjolkan karakter kuat. 

LOUIS VUITTON X YAYOI KUSAMA

Kerjasama LOUIS VUITTON dan Yayoi Kusama diteruskan dengan drop yang kedua. Tas Speedy diinterpretasikan secara lebih moden dan mempunyai karakter menarik. Lebih bereksperimen dengan ilustrasi, tersemat nilai seni yang luar biasa.