Max Mara Reka Kostum Balet Buat Aterballetto - Glam Malaysia
MAX MARA

Max Mara Reka Kostum Balet Buat Aterballetto

Buat pertama kalinya, Max Mara mereka kostum buat penari balet Aterballetto bersempena dengan konsert akhir tahun di Venezia.

Sejak 2004, konsert ballet oleh Aterballetto menjadi tumpuan peminat seni tari ini. Ramai orang akan terbang ke Itali hanya untuk menyaksikan konsert akhir tahun ini. Momen tahun ini ditambah indah apabila jenama kebanggan Itali yakni Max Mara dijemput untuk mereka kostum buat upacara penting. Ian Griffiths, Pengarah Kreatif Max Mara berkerjasama dengan Diego Tortelli, pereka tari buat Aterballetto.

MAX MARA

kedua mereka mereka dahulu kostum sebelum menentukan seni tari yang dipersembahkan. Ini membuatkan Griffiths dan Tortelli mereka tarian yang menaikkan lagi karakter buat setiap kostum. Cetusan ideanya adalah dalam menghasilkan kostum bersifat universal. Titik perjumpaan antara baju wanita dan lelaki menjadi idea penting buat mereka kostum ini. Helaian kot yang menjadi asas di Max Mara dipersembahkan dengan cetusan rona paling pop!

Rekaan paling penting buat kostum ini adalah yang berasaskan stail Teddy Bear juga jaket wrap yang disertakan dengan tali pinggang panjang. Efek tali pinggang itu memberi efek penting pada setiap gerakan tarian atas pentas. Penari lelaki disarungkan dengan jaket wanita. Griffiths menolak skirt tutu buat wanita dan digantikan dengan seluar panjang daripada kain organza. Ia tetap memberi ilusi elegan pada penari.

See also
Coach x Mint+Serf : Kempen Musim Luruh 2022

max mara

Pautan Berkenaan: Gaya Karpet Merah Paling Ikonik 2021