Meraikan Nota Keindividuan - Glam Malaysia

Meraikan Nota Keindividuan

Penting buat Marc Jacobs untuk melepaskan rasa bebas wanitanya dalam setiap karya dan gaya. Maka cukup utuh buat koleksi musim bunga 2020 yang membawa panji yang merayakan rasa keadilan, kehidupan dengan mimpi yang mengikut rasa peribadi tanpa aturan dari masa hadapan. Marc Jacobs mencipta jalan baru dalam nota stail yang lepas dengan olahan unik sekarang.

Marc Jacobs

Kali ini ruang Park Avenue Armory cukup lain rasanya. Lebih bebas bernafas dengan ruang kosong itu hanya diletakkan sejumlah kerusi besi vintaj pelbagai corak rona putih. Semua yang hadir ke acara fesyen Marc Jacobs duduk mengikut nombor masing-masing. Kali ini Marc Jacobs mahu meraikan rasa bebas, kerana ini juga adalah detik penting di mana momen 11 September berlaku 18 tahun yang lalu. Jacobs tidak mahu kenangan yang kelam. Maka dia ambil masa ini dengan mempersembahkan satu koleksi yang ceraiannya cukup dramatik dan sarat rona. Juga, ada momen penghargaan fesyen yang diabadikan kepada hero fesyennya seperti Karl Lagerfeld dan Yves Saint Laurent. Baca Lancut dalam GLAM April 2020. 

See also
3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse