Millennial It-Girl: YM Puteri Noor Afzan - Glam Malaysia
Millennial It-Girl: YM Puteri Noor Afzan

Millennial It-Girl: YM Puteri Noor Afzan

Puteri kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam ini kembali ditemubual GLAM untuk kami ketahui perkembangan terbarunya. Ikuti borak santai YM Puteri Noor Afzan yang mesra dengan panggilan Noor ini bersama kami bercerita tentang destinasi percutian pilihan, item fesyen kegemaran dan banyak lagi!

 

1- Huraikan stail fesyen anda?

Jujurnya, ia bergantung kepada mood saya haha. Saya lebih terarah kepada gaya kasual jalanan untuk stail harian saya. Atau juga activewear, kerana saya suka bergerak aktif setiap hari. Manakala untuk majlis-majlis yang lebih formal, I try to either keep it classy, simple or preppy. Namun, walauapapun jua pilihan, keselesaan adalah yang paling menjadi keutamaan. 

 

2- Adakah anda mempunyai rujukan dalam bergaya?

Saya ada mengikuti beberapa blogger fesyen di Instagram dan kadang-kala akan mencedok inspirasi daripada situ namun akan saya ubah mengikut gaya yang sesuai dengan saya.

YM Puteri Noor Afzan

 

3- Siapakah pereka fesyen kegemaran anda?

See also
GLAM First: Prada Fall/Winter2022

Hmm, saya boleh katakan pereka fesyen antarabangsa yang menjadi kegemaran saya kini adalah Prada dan Loewe. Begitu juga Louis Vuitton. They’re killing the game right now. Saya suka melihat rekaan-rekaan mereka, sangat edgy dan kini lebih moden.

 

4- Koleksi item fesyen paling banyak di dalam wardrobe anda? 

Wide jeans, Nike dunks serta tas tangan Prada Re-Edition Nylon. Tidak dilupakan, semestinya  juga koleksi set sweats dalam pelbagai warna. 

 

5- Satu trend fesyen yang patut dikekalkan hingga kini?

Saya sangat sangat sukakan segalanya tentang trend ‘Clueless’ dan 90-an. Saya rasakan trend ini akan sentiasa ada dan menjadi trend fesyen abadi.

 

6- Jenama solekan kegemaran anda?

Buat masa ini, Charlotte Tilbury. Saya sebenarnya selalu bertukar jenama setiap kali sesuatu produk itu habis. Namun, saya boleh katakan Charlotte Tilbury adalah jenama yang paling mengagumkan saya. 

 

7- Jika mempunyai masa lapang, apakah yang anda selalu lakukan? 

See also
Versace: Sporty VS Feminin

Buat masa sekarang ini, jika tidak menguruskan jenama saya, ‘Plush’, saya banyak menyibukkan diri dengan aktiviti seperti tenis, pilates, muay thai juga golf. Saya juga lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

 

8- Destinasi percutian seterusnya yang anda bakal kunjungi?

Saya bakal ke Korea Selatan tidak lama lagi InshaAllah. Akhirnya! Pergi melawat negara ini buat pertama kali dan segala rancangan aktiviti untuk dilakukan di sana juga sudah dirancang rapi termasuklah aktiviti berkaitan BTS hehe.

 

9- Apakah resepi makanan yang anda teringin untuk mempelajari? 

Sejujurnya, saya ingin mempelajari segala masakan Jepun dan Korea.

 

YM Puteri Noor Afzan

 

10- Jika media sosial tidak wujud pada zaman kini, bagaimanakah cara anda ingin mengetengahkan isu kemanusiaan?

The old school way – sebagaimana selalu kita lakukan dahulu iaitu melalui majlis amal. Daripada situ, begitu mudah sebenarnya untuk kita mendapatkan perhatian ramai di samping memupuk kesedaran. Masih saya ingat lagi, majlis-majlis ini dahulu diselaraskan jauh sebelum kewujudan Facebook dan Instagram. Dan majlis-majlis seperti itu berjaya mencapai misi mereka. Sama ada ia adalah sebuah gala amal atau juga melalui suatu aktiviti yang simple seperti penjualan amal menjual kek contohnya, ini akan saya lakukan. Kita masih hidup di dalam masyarakat yang kuat dalam penyampaian mesej mulut ke mulut. 

See also
CARA LOVES KARL: Bila Persahabatan & Fesyen Bergabung

 

Gambar: Instagram YM Puteri Noor Afzan

 

Artikel Berkaitan: CARA LOVES KARL: Bila Persahabatan & Fesyen Bergabung